29 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selesai Majlis Khatam Al-Quran, Syed Saddiq Bergegas Ke Parlimen – ‘Hari Ini Untuk Rakyat, Esok Untuk Isteri’

    Shopee Sale

    Selepas selesai menghadiri majlis khatam al-Quran pada pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, bergegas ke Parlimen bagi menghadiri sesi pembentangan Belanjawan 2027 pada petang ini.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Jadi ‘Pengawal Kewangan’, Tak Mahu Bajet Kahwin Dengan Bella Berlebihan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Hendak Tulis Muka Surat Pertama’ – Syed Saddiq & Bella Astillah Akui Tak Layak Disamakan Dengan Tun M & Allahyarhamah Tun Hasmah

    Belanjawan 2027

    Meskipun bakal bergelar raja sehari pada hari esok, Saddiq atau nama penuhnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Saddiq yang sebelum ini dilihat mengenakan jubah putih, kemudian bertukar kepada baju Melayu berwarna hitam ketika menghadiri sidang Parlimen.

    Perkara itu turut menarik perhatian peminat pasangan berkenaan yang menyifatkan Saddiq sedang sibuk menggalas tanggungjawab terhadap negara hari ini sebelum memberikan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangganya esok.

    MENARIK:  Apa Hukum Lekat ‘Sticker’ Lucah Di Kenderaan? Ini Penjelasan Jabatan Mufti

    Sementara itu, dalam perkongsian di Threads, Saddiq memaklumkan bahawa kedua-dua majlis tersebut wajib dihadirinya.

    Hari ini untuk rakyat, esok untuk isteri. Dua-dua wajib hadir.

    Terdahulu, Saddiq hadir bersama sejambak bunga ros untuk diberikan kepada bakal isterinya, Bella Astillah ketika menghadiri majlis khatam al-Quran yang berlangsung pada pagi tadi.

    Untuk makluman, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Menara Merdeka 118, pada Sabtu.

    Sumber: Instagram

    The post Selesai Majlis Khatam Al-Quran, Syed Saddiq Bergegas Ke Parlimen – ‘Hari Ini Untuk Rakyat, Esok Untuk Isteri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah