Sempena ulang tahun ke-21, permainan dalam talian MapleStorySEA bakal menganjurkan Maple Adventure Camp, sebuah acara bertemakan perkhemahan selama dua hari di Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘Gaming Meets Drama’
Masuk percuma untuk semua

Acara ini akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November 2026 di Main Atrium, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam.
Kemasukan adalah percuma, sama ada untuk pemain lama MapleStorySEA atau mereka yang baru ingin mengenali permainan ini.
Maple Adventure Camp merupakan kesinambungan sambutan ulang tahun ke-21 selepas acara Maple Campus di Singapura. Kali ini, sambutan tersebut dibawa ke Kuala Lumpur dengan konsep “lawatan sekolah”.
RSVP Pack dan cabaran Camp Pass

Bagi yang mahukan pengalaman penuh, RSVP Pack boleh didapati pada harga RM50 menerusi Ticket2U, dengan had maksimum dua pek bagi setiap orang. Setiap pek mengandungi:
- Drawstring pouch
- Camp Pass
- Pin enamel maskot (rawak: Pink Bean, Yeti atau Slime)
- Satu tiket cabutan bertuah
- Pakej dalam permainan “Welcome to Maple Camp!”
Pemegang RSVP Pack boleh menyertai empat cabaran Camp Pass di sekitar lokasi acara, iaitu Puzzle Trail, Survival Training, Dexterity Drill dan Social Media Activity. Kumpul kesemua empat cop untuk menerima 21st Anniversary Exclusive Scarf, selagi stok masih ada.
Pelbagai aktiviti menarik

Kemuncak acara adalah pada 1 November menerusi pemotongan kek ulang tahun ke-21 dan Grand Lucky Draw dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM10,000. Selain itu, sesi cerita hantu turut diadakan pada kedua-dua hari acara.
Pengunjung juga boleh singgah di MapleStorySEA Virtual Space untuk mencipta watak sendiri dan melihatnya dipaparkan secara langsung di skrin besar.

Peminat yang ingin membawa pulang cenderamata pula boleh mendapatkan barangan edisi terhad ulang tahun ke-21 serta keluaran terbaharu MapleStorySEA di Maple Supplies Store sepanjang acara berlangsung.
Setiap RSVP Pack disertakan satu tiket cabutan bertuah, manakala tiket tambahan boleh diperoleh bagi setiap perbelanjaan RM100 untuk barangan atau makanan dan minuman. Perbelanjaan bagi barangan serta makanan dan minuman dikira secara berasingan dan tidak boleh digabungkan.

Pemenang bagi Grand Lucky Draw bagaimanapun perlu berada di lokasi untuk menuntut hadiah masing-masing.
Untuk info, acara ini mendapat sokongan rakan strategik termasuk MSI dan Doko Koko Cafe menerusi Maple Canteen, manakala SAYS, dan Viralcham terlibat sebagai rakan media.
Maklumat acara
- Tarikh: 31 Oktober – 1 November 2026
- Masa: 10 pagi – 9.30 malam
- Lokasi: Main Atrium, LaLaport BBCC, Kuala Lumpur
- Kemasukan: Percuma. RSVP menerusi Ticket2U
- RSVP Pack: RM50 menerusi Ticket2U
Baru mengenali MapleStorySEA? Muat turun permainan di sini: link
The post MapleStorySEA Raikan Ulang Tahun Ke-21 Dengan Maple Adventure Camp Di LaLaport BBCC, Masuk Percuma! first appeared on OHBULAN!.





