30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Jumpa Cengkerang Dalam Sambal, Khairul Aming Mohon Maaf – ‘Macam Mana Boleh Terlepas QC’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memohon maaf selepas seorang individu mendakwa menemui cengkerang di dalam sambal bilis yang dibelinya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis – ‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat Jadi Serba Tak Kena’

    Jumpa cengkerang

    Perkara itu dikongsikan individu berkenaan menerusi satu hantaran di Threads bersama sekeping gambar yang menunjukkan cengkerang tersebut di dalam bekas sambal ketika dia mahu menyudu produk berkenaan.

    Hantaran itu kemudian mendapat perhatian Khairul Aming yang segera memberikan maklum balas dengan memohon maaf selain menawarkan untuk menggantikan produk yang baharu.

    Makhluk laut mana pulak masuk dalam ini. Minta maaf boleh terlepas masuk kulit siput dalam ini. Boleh dm saya order details, kita ganti yang baru.

    Dalam pada itu, Khairul Aming berkata pihaknya akan menyemak semula proses kawalan kualiti (QC) bagi mengenal pasti bagaimana cengkerang berkenaan boleh terlepas daripada pemeriksaan sebelum produk dipasarkan.

    Dalam masa sama saya akan check balik dengan team macam mana boleh terlepas QC botol ini. Maaf sangat-sangat.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Tular Video Rozita Ibrahim Didakwa Pimpin Tangan Suami Baru?

    The post Individu Jumpa Cengkerang Dalam Sambal, Khairul Aming Mohon Maaf – ‘Macam Mana Boleh Terlepas QC’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah