29 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AMT2026 Kembali Dengan Barisan Artis Popular, Lee Junho Bakal Gegarkan CUCKOOTOPIA!

    Shopee Sale

    Anugerah Melodi Terhangat 2026 kembali lagi dengan tema ‘Power’, menampilkan barisan artis popular serta persembahan hebat dalam konsert khas daripada bintang tempatan dan antarabangsa.

    Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2026 Tampil 7 Kategori Baharu, Undian Peminat Dibuka September Ini!

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Menang Anugerah Melodi Terhangat 2025

    AMT2026

    AMT2026 bakal bersiaran secara langsung pada 18 Oktober 2026, jam 9 malam menerusi TV3 dan 8TV.

    Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular seperti Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir dan Alyph.

    Kemeriahan AMT2026 bakal bermula menerusi segmen Karpet Merah yang dikendalikan oleh Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan, sebelum acara utama yang dihoskan oleh gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli.

    Lebih menarik, pentas AMT2026 turut menyaksikan kehadiran barisan selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang bakal tampil sebagai penyampai anugerah.

    Penganjuran AMT2026 kali ini mendapat sokongan CUCKOO selaku Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Gardenia QuickBites dan Mentos sebagai Rakan Penaja, serta Grab sebagai Rakan E-Hailing.

    MENARIK:  Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun, Tak Mahu Hanya ‘Dicop’ Wajah Drama Cinta & Air Mata

    CUCKOOTOPIA 2026

    Sambutan AMT2026 diteruskan menerusi CUCKOOTOPIA, Konsert Penghargaan Ulang Tahun ke-12 CUCKOO pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, dengan tema ‘Bloom in Batik: Wear Your Bloom. Share Your Happiness.’

    Konsert yang bakal berlangsung itu akan dikendalikan oleh Kamal Adli, Owen Yap dan Fiza Frizzy, dengan penampilan istimewa daripada barisan penghibur tempatan dan antarabangsa.

    Antara yang paling dinantikan ialah kemunculan bintang popular Korea Selatan merangkap Duta Global CUCKOO, Lee Junho, yang bakal berkongsi pentas bersama kumpulan Hujan dan penyanyi Firdhaus.

    CUCKOOTOPIA turut mengumumkan pemenang empat kategori AMT2026 iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat.

    Lebih istimewa, peminat berpeluang menyaksikan konsert secara percuma menerusi pemberian dan penebusan tiket oleh CUCKOO Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di cuckoo.com.my/cuckootopia2026 atau menerusi media sosial rasmi.

    Gabungan AMT2026 dan CUCKOOTOPIA yang menampilkan barisan artis popular tempatan serta antarabangsa dijangka menjanjikan kemeriahan buat peminat hiburan sepanjang Oktober ini.

    The post AMT2026 Kembali Dengan Barisan Artis Popular, Lee Junho Bakal Gegarkan CUCKOOTOPIA! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah