26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fazura Pelindung Fatima Daripada Kecaman Netizen – ‘Siapa Lagi Yang Nak Buat Macam Itu’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, menegaskan dia akan mempertahankan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya daripada serangan netizen.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Ada Sebab Pertahankan Diri Dari Komen Negatif – ‘Kadang-Kadang Mereka Melebih Sangat’

    Lindungi anak

    Ketika ditemui , Fazura mengakui berasa sedih dan marah melihat anak kecilnya sering dikritik sejak lahir.

    Fazura, 43, berkata apabila Fatima besar nanti, dia akan tahu siapa yang melindunginya sepanjang membesar.

    Itu belum lagi orang cakap dia barua dan menyemak. Tak patut berada di situasi tertentu la. Sedangkan saya dah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu.

    Sebagai ibu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya.

    Kalau saya tak pertahankan anak saya, siapa lagi yang nak buat macam itu. Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia.

    Fazura berkata demikian ketika ditemui di Majlis ‘Meet And Greet’ Jakel, pada pagi Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Impian Marygrace Nak Menyanyi Lagu Rancak Tercapai Dua Minggu Berturut-Turut – ‘Saya Harap Dapat Jadi Finalis CSOIAM’

    Sementara itu, mengulas mengenai koleksi Fazura X Jakel, dia bersyukur apabila kolaborasinya dengan Jakel menerusi koleksi menerima sambutan positif daripada para pembeli.

    Saya sangat bersyukur. Tapi sebenarnya ia bukan penangan Fazura namun rezeki daripada Allah.

    Kalau ada yang tidak puas hati, kita ini memang tidak boleh puaskan semua orang. Saya dan Jakel adalah orang bisnes, jadi fikiran kami memang tidak layan perkara negatif.

    Sesi ‘meet and greet’ yang berlangsung di Jakel Mall Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan oleh tiga lagi duta Jakel yang lain iaitu Elly Mazlein, Cik Epal dan Ammar.

    The post [VIDEO] Fazura Pelindung Fatima Daripada Kecaman Netizen – ‘Siapa Lagi Yang Nak Buat Macam Itu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah