33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak 4 Tahun Mengadu Sakit Kemaluan, Rupanya Angkara Bapa Kandung

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun didakwa menjadi mangsa pencabulan oleh ayah kandungnya sendiri.

    Bapa cabul anak?

    Kes yang berlaku di Palembang, Indonesia ini hanya terbongkar selepas mangsa mengadu sakit ketika membuang air kecil dan kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya.

    Susulan daripada itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis.

    Anak saya dicabul ketika berada di rumah pelaku. Semasa saya jemput pulang, dia mengadu sakit ketika kencing. Barulah dia bercerita sudah diperlakukan begitu oleh bekas suami saya.

    Difahamkan, selepas bercerai, dia dan anaknya tinggal bersama. Namun pada Ahad lalu, bekas suaminya (suspek) menjemput anak mereka dengan alasan ingin meluangkan masa dan mengajak tidur di rumahnya.

    Dia kata rindu pada anak, dan memang sudah biasa menjemputnya ke sana. Saya tidak curiga, tetapi ternyata berlaku perkara sebegini

    Saya minta dia (pelaku) dihukum seberat-beratnya.

    Sementara itu, Panit II SPKT Polrestabes Palembang, Ipda Erwin, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza & Ade Govinda Kembali Bersatu Dalam Karya Romantis ‘Menamakanmu Cinta’

    Sumber: Sumsel ID

    The post Kanak-Kanak 4 Tahun Mengadu Sakit Kemaluan, Rupanya Angkara Bapa Kandung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah