
Pelakon Fattah Amin mendapat kejutan apabila menerima kereta mewah jenama Lamborghini yang dihadiahkan daripada sebuah kedai emas.
Fattah dapat lamborghini?
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok All Fend Studio, memaparkan aktor itu hadir ke majlis pelancaran Goldbar 999.9 Limited Edition Fattah Amin di kedai Emas Syamsul yang terletak di negeri Johor, baru-baru ini.
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kelibat Fattah yang memasuki dan memandu kereta mewah berwarna ungu.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah kereta Lamborghini itu hadiah yang diterima oleh Fattah atas kerjasamanya dengan kedai emas tersebut atau ia hanyalah atas tujuan pemasaran semata-mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan kejayaan dan rezeki yang diterima Fattah. Mereka turut menitipkan doa agar Fattah sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan.





