
Pelakon kacak Fattah Amin menolak dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amira Othman dalam masa terdekat.
Fattah nafi

Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin menafikan desas desus mengenai hari bahagianya.
Menurut aktor berusia 34 tahun itu, perhubungannya dengan Amira tidak lebih daripada rakan sekerja.
Saya perasan juga ada yang berkata tarikh (nikah) 25 Mei ini tetapi saya nafikan.
Timbulnya tarikh itu mungkin daripada peminat. Kebanyakkannya memang suka melihat artis kesayangan mereka ke peringkat seterusnya.
Tapi untuk sekarang ini, kami tidak lebih daripada rakan sekerja.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di Pesta Unifi TV yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Sabtu.
Keluarga Amira

Dalam pada itu, Fattah menyifatkan pertemuan antara keluarganya dan keluarga Amira di Singapura baru-baru ini sebagai satu kebetulan.
Itu kebetulan. Pihak penganjur program itu pernah memanggil saya untuk ke sebuah acara sebelum ini. Tetapi untuk kali ini Amira juga ada bersama.
Keluarga saya memang ikut sekali dan keluarga Amira pula memang berada di Johor Bharu ketika itu, jadi mereka pun turut serta.
Keluarga Amira memang baik, ibu bapanya juga sangat merendah diri dan kalau kita tengok Irfan Haris pun dia memang sangat bersopan santun.
Terdahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan Fattah dan Amira bakal disatukan pada 25 Mei tahun ini.
Sebelum itu, pengurus kepada Fattah yang dikenali sebagai Aca turut meminta para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat mereka susulan spekulasi berkenaan perkahwinan yang bakal berlangsung.
Bukan ya guys ?? # #fyp #news #fattahamin #nafi #gelar #suami
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!





