25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rakan Nafi Nur Farah Kartini Hilang Ikut Kekasih Pergi Thailand, Minta Netizen Berhenti Buat Spekulasi Tak Betul

    Shopee Sale



    Nur Farah Kartini

    Rakan kepada Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Haziq Fardil meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar terhadap arwah.

    Pesanan untuk netizen

    Nur Farah Kartini

    Menerusi hantaran di TikTok, Haziq menyangkal dakwaan yang mengatakan arwah hilang sejak minggu lalu kerana mengikut kekasihnya pergi ke Thailand.

    Tegas Haziq, orang ramai hendaklah menghormati keluarga arwah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

    Ini adalah penjelasan dan teguran tentang kes kawan saya iaitu Nur Farah Kartini. Dia merupakan rakan rapat saya di Universiti sebab kami satu batch, satu bidang, satu haluan sehingga kami konvo.

    Saya ingin memberi teguran kepada netizen yang buat speukulasi ketika kehilangan arwah, ada yang mengatakan arwah ada kekasih dan ikut kekasih pergi Thailand. Saya nak beritahu, kalau tiada benda baik nak cakap lebih baik.

    Kerana perkara tersebut boleh mengguriskan hati keluarga dan orang-orang terdekat yang amat menyayangi dia.

    Sementara itu, Haziq berpesan kepada orang ramai untuk menggunakan alat pengesan atau ‘tracker’ bagi memantau keadaan insan tersayang yang berjauhan dari keluarga.

    Tolong juga jaga keluarga anda dan pastikan jika ada yang duduk jauh ada tracker yang akan kesan di mana mereka berada.

    Bunyi macam mengganggu privasi, tetapi sangat membantu sekiranya kes seperti Farah Kartini terjadi dengan keluarga anda.

    Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, jam 6 petang Isnin.

    MENARIK:  ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’ – OhBulan x Seismik & SPOT Community Project Buka Mata Remaja Tentang Pendidikan Seks

    10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.

    Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

    Dalam pada itu, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.

    Video

    " data-video-id="7391912892645297409">
    @haziqfardil75 Penjelasan ini bukan untuk raih simpati atau viewrs tapi untuk menjelaskan bahawa arah sangat baik #nurfarahkartini #alfatihah #semogaditempatkandikalanganorg2ygberiman ? Very Sad – Enchan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah