Pelawak Fad Bocey akui terasa hati dengan industri hiburan namun memahami kehidupan anak seni yang disifatkan sebagai roda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terkilan Sebab Tak Dapat Mandi, Kafankan & Peluk Arwah’ – Fad Bocey Rindu Abam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syaheera Rahman ‘Order’ Barang Guna Nama Suami, Fad Bocey Seloroh – ‘Patutlah Baki Dalam Akaun Berkurang’
Hidup seperti roda

Ketika ditemui , Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menyatakan perubahan landskap hiburan memberi kesan kepada segelintir pelawak untuk terus berkarya.
Tambah Fad, kehadiran pendatang baru juga menjadi salah satu punca peluang buat pelawak semakin tipis untuk muncul di kaca televisyen.
Kami mungkin dah tak dapat muncul di televisyen.
Terus terang cakap, 14 tahun dalam industri, hanya setahun sekali saya muncul dalam TV.
Itu pun hanya bila bertanding.
Nak kata terasa, memang terasa. Apa-apa anugerah pun tak pernah dijemput.
Tapi kami okay saja, tidak lah rasa kami ini penting.
Cuma sekarang keadaan dah bertukar memandangkan pempengaruh makin ramai.
Jadi, kita kena bersaing dengan ramai orang.
Fad berkata demikian pada sidang media Havoc Raya Fest yang berlangsung di Setia Citu Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.
Pelawak perlu cari inisiatif sendiri

Berkongsi lebih lanjut, pelawak berusia 34 tahun itu memaklumkan kebanyakan pelawak kini terpaksa mencari inisiatif lain demi kelangsungan hidup.
Kadang kita di atas kadang di bawah.
Sekarang kitaran pelawak ini dah berpusing balik ke kitaran yang bawah sedikit.
Jadi, kalau tanya saya sekarang, semua pelawak yang saya rapat, masing-masing ada usaha sendiri untuk kelangsungan hidup.
The post [VIDEO] Fad Bocey Kecil Hati Dengan Industri Hiburan, Akui Perlu Ada Inisiatif Lain Demi Kelangsungan Hidup first appeared on OHBULAN!.





