Kumpulan Insomniacks tampil dengan karya terbaharu mereka berjudul Love Me Or Not, yang merupakan sebuah lagu berbahasa Inggeris.
Artikel Berkaitan: Insomniacks & Yonnyboii Lancar ‘Bersuara’, Ajak Pendengar Lebih Berani & Lawan Penindasan
Artikel Berkaitan: Sedekad Menanti, Insomniacks Akhirnya Capai Impian Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer
Love Me Or Not

Lagu ini merupakan hasil kerjasama Insomniacks dengan penulis lagu dari Sweden, digubah oleh Rebbi James, Johan Gustafsson, Iqie, Danial dan Iskandar, yang turut menulis lirik lagu ini.
Proses adunan (mixing) dan mastering pula dikendalikan oleh Martin Hansen bersama Johan Gustafsson, menghasilkan sebuah karya pop moden yang segar namun masih mengekalkan identiti muzik Insomniacks.
Menurut Insomniacks, ini adalah merupakan salah satu langkah untuk mendapatkan tempat di pasaran antarabangsa.
Sebenarnya ini bukan kali pertama kami mengeluarkan lagu dalam bahasa Inggeris, jadi ia bukanlah sesuatu yang terlalu asing buat kami.
Kali ini kami melihat ia sebagai peluang untuk memperkenalkan muzik Insomniacks kepada audiens yang lebih luas, terutamanya di Filipina. Kami ingin mencuba nasib di pasaran yang berbeza daripada Malaysia.
Love Me Or Not mengisahkan tentang menerima hakikat bahawa perasaan kita mungkin tidak akan dibalas, tetapi kita masih ikhlas menyayangi seseorang.
Kami berharap sesiapa yang pernah melalui situasi seperti ini akan rasa mereka tidak keseorangan apabila mendengar lagu ini.
Tambah Insomniacks, lagu berkenaan terhasil secara spontan dan hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Lagu ini pada asalnya terhasil daripada sebuah writing camp dan ia lebih kepada satu eksperimen.
Kami masuk ke studio dengan fikiran, ‘kalau jadi, jadilah,’ tanpa sebarang tekanan. Apa yang mengejutkan, keseluruhan lagu ini berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja.
Apabila kami mendengarnya semula, kami semua terus jatuh hati dan tahu inilah lagu yang kami mahu keluarkan terlebih dahulu sebelum album baharu.
Dalam masa yang sama, Insomniacks berharap agar Love Me Or Not mendapat tempat dihati pendengar dan menjadi teman untuk mereka yang sedang melalui episod cinta yang sukar. .
Kadang-kadang kita tak boleh mengawal apa yang kita rasa, dan itu normal. Pada akhirnya, kita sendiri yang paling memahami hati dan perasaan kita.
Harapnya lagu ini boleh menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa itu.
The post Lagu Inggeris ‘Love Me Or Not’ Jadi Taruhan Insomniacks Tembus Pasaran Antarabangsa first appeared on OHBULAN!.





