32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Park Min Jae Meninggal Dunia Ketika Bercuti, Hasrat Nak ‘Menakluki’ China Tak Kesampaian

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Park Min Jae dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

    ‘Abang tersayang telah pergi buat selama-lamanya’

    Memetik laporan Allkpop, aktor berusia 32 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada 29 November lalu ketika bercuti di China.

    Perkara itu turut disahkan oleh adik lelakinya menerusi hantaran di Instagram.

    Abang tersayang telah pergi buat selama-lamanya. Saya berharap agar orang ramai tetap mengingati abang saya. Saya harap anda semua memahami bahawa saya tidak dapat dihubungi buat sementara waktu ini.

    Sementara agensi mewakili mendiang, Big Title menzahirkan ucapan takziah atas pemergian pelakon berbakat itu.

    Min-jae yang akan menakluki China dan bercadang untuk berada di sana selama sebulan telah pergi selamanya.

    Berita ini sangat mengejutkan dan saya pasti keluarga pasti merasai kesedihan yang tidak dapat dibayangkan.

    Min-jae, masih banyak yang ingin kami katakan dan lakukan bersama-sama. Saya bersyukur menjadi wakil anda, walaupun hanya sebentar masa. Saya minta maaf, saya tidak akan lupa nama Park Min-jae!

    Upacara pengebumian akan berlangsung pada 9:30 pagi pada 4 Disember, namun tapak pengebumian masih belum ditentukan.

    MENARIK:  Individu Titip Pesanan Isteri Jangan Terlalu Taat, Umisya Mazlan Setuju – ‘Nanti Suami Rasa Bosan’

    Untuk rekod Min Jae dikenali menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah