33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Elisya Sandha Terharu Terima Seutas Gelang Emas Dari Suami – ‘Walaupun Struggling, Dia Letak Senyuman Pada Muka Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon Elisya Sandha gagal menahan sebak menerima hadiah seutas gelang emas daripada suaminya, Uzair Haqimy.

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly – ‘Saya Duduk Dalam Kereta Sejam Takut Punya Pasal’

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Stres Ketika Berpantang, Syukur Dapat Sokongan Suami – ‘Tempat Pembedahan Luka & Jangkitan Kuman’

    Seutas gelang emas

    View this post on Instagram

    A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, kehadiran mereka ke kedai emas adalah bagi tujuan mencari hadiah ulang tahun kelahiran ibu mentuanya, Sheila Rusly.

    Namun, Elisya akui berkenan dengan seutas gelang namun mematikan niatnya atas kewangan yang belum mengizinkan.

    Kisahnya kami pergi beli emas untuk birthday mak mentua. Lepas itu, saya nampak gelang.

    Bagitahu suami, gelang itu cantik tapi emas sekarang mahal. Saya tunggu rezeki lebih baru ingat nak beli.

    Keesokan harinya, dia balik kerja terus beri kejutan dengan gelang.

    Usaha seorang suami

    Berkongsi lebih lanjut, adik kepada pelakon Fasha Sandha berasa terharu dengan tindakan suaminya yang sanggup berusaha memenuhi permintaan seorang isteri.

    Sejujurnya, yang saya nangis teruk ini bukan kerana harga gelang tapi ianya tentang cinta disebalik kisah ini.

    Walaupun suami juga struggling, dia masih memilih untuk letak senyuman di muka saya.

    Terima kasih sayang. Semoga rezeki awak semakin murah.

    Sekadar info,  Elisya dan Uzair selamat bergelar suami isteri pada Ogos 2021.

    MENARIK:  Hujung Tahun Kini Tiba. Nikmati Diskaun Tambahan Sehingga 15% Untuk Penerbangan Sehala, Termasuk Semua Daripada Malaysia Airlines!

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.

    Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial

    The post [VIDEO] Elisya Sandha Terharu Terima Seutas Gelang Emas Dari Suami – ‘Walaupun Struggling, Dia Letak Senyuman Pada Muka Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah