Penyanyi dan pelakon Ben Ladin mengakui terkejut apabila perkongsian videonya mencukur rambut mencetuskan spekulasi mengenai keadaan kesihatan dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Ladin Kongsi Detik Dicukur Botak, Mohon Doa Agar Terus Kuat Demi Isteri & Anak – ‘Maaf Banyak Susahkan Awak’
Ben nafi hidap kanser

Ketika ditemu bual secara ekslusif bersama , Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan menafikan dakwaan dirinya menghidap kanser tahap tiga sebaliknya menjelaskan dia mempunyai masalah serius berkaitan rambut.
Saya memang ada masalah berkaitan rambut, tapi bukan kanser. Saya punya penyakit ni masih belum sembuh. Isteri terpakas botakkan kepala saya sebab rambut dah semakin rapuh dan nipis.
Tapi bila ada pihak kata saya kanser tahap tiga, saya mula overthinking.
Dalam pada itu, Ben menjelaskan dia masih memerlukan rawatan kerana masalah tersebut boleh menjadi lebih serius sekiranya tidak ditangani lebih awal.
Benda ni sebenarnya kalau tak diubati, saya akan ada dalam keadaan yang agak kritikal.
Jadi kena mengubati cepat supaya nak elakkan. Saya agak risau juga, tapi pada masa sama doktor cuba beri sokongan dan alternatif apa yang boleh secepat mungkin.
Ben berkata demikiab ketika ditemui di Aglow Hair Clinic di Mid Valley pada Rabu.
Penjelasan doktor

Mengulas lanjut mengenai perkongsian videonya baru-baru ini, pelantun lagu Hikayat Benladin itu berkata, tujuannya adalah untuk menghargai pengorbanan isteri dan anaknya, selain berkongsi perjalanan kesihatan yang dilaluinya.
Tujuan saya sebenarnya adalah untuk saya hargai isteri saya dan anak saya yang sentiasa ada dengan saya.
Saya juga nak kongsi perjalanan yang saya tak pernah tunjuk pada siapa-siapa, masalah penyakit saya yang saya tak pernah beritahu.
Pada masa sama, saya juga terbuka kalau ada orang yang nak kongsi tips-tips dan sebagainya. Allah uji saya dan keluarga untuk kami jadi lebih kuat.
Sementara itu, doktor pemulihan rambut di Aglow Hair, Aly Alias Stephen Nah berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati Ben berkemungkinan mengalami Alopecia Areata, iaitu keadaan yang menyebabkan rambut gugur dalam bentuk tompok pada kulit kepala.
Apa yang saya nampak, kemungkinan besar dia mengalami keadaan yang dipanggil Alopecia Areata.
Dalam keadaan Ben, saya akan letakkan dia dalam kategori moderately serious selagi kita belum mendapat jawapan penuh.
Biasanya tompok itu kecil sahaja, sekitar saiz 10 sen atau 20 sen, tetapi tompok pada Ben lebih besar dan boleh merebak.
Dalam pada itu, Dr Aly berkata rawatan yang sesuai hanya boleh ditentukan selepas punca sebenar dikenal pasti.
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Hidap Kanser Tahap Tiga, Tapi Masalah Serius Berkaitan Rambut’ – Ben Ladin first appeared on OHBULAN!.





