27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak wajar Zahid cabar PM pecat dirinya, menteri BN, kata Aminuddin

    Shopee Sale

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berpandangan adalah tidak wajar bagi Ahmad Zahid Hamidi selaku timbalan perdana menteri mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecat dirinya dan lapan menteri BN yang lain.

    Mengulas kenyataan pengerusi BN itu bahawa perdana menteri boleh memecat dirinya dan menteri BN jika tidak menyukai mereka, Aminuddin yang juga menteri besar berkata kenyataan Ahmad Zahid yang juga adalah presiden Umno itu seolah-olah mencabar kuasa perdana menteri.

    minuddin Harun

    “Kalau betul itu ucapan dia (Ahmad Zahid) saya rasa itulah satu cabaran.

    “Saya rasa (kenyataan itu) tidak wajar diucapkan oleh seorang sahabat dan rakan baik kepada perdana menteri,” kata yang dipetik portal FMT semasa berkempen di Tanjung Agas di Linggi, semalam.

    Ahad lalu, Anwar memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN.

    Menurut Anwar, pihak yang melakukan perkara berkenaan harus berundur daripada jawatan.

    Ahmad Zahid Hamidi

    Terdahulu, Zahid dalam satu program di Seremban, semalam berkata, keputusan melantik atau menggugurkan mana-mana individu dalam kabinet adalah hak mutlak perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    MENARIK:  Santhara: PN tak pernah persoal perniagaan alkohol yang sah

    “Kuasa pelantikan itu adalah hak mutlak perdana menteri. Jadi kalau perdana menteri mengesyaki ataupun dapat maklumat yang benar, itu adalah kuasa mutlak perdana menteri,” katanya.

    perdana menteri boleh memecat beliau dan menteri BN lain kalau tidak menyukai mereka.

    Zahid berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletak jawatan, selepas Anwar kata mereka yang menyerang rakan dalam kerajaan semasa kempen PRN Sembilan harus berundur.

    Masalah PH dan sekutunya, BN yang membentuk kerajaan Persekutuan timbul apabila pada PRN Johor pada 11 Julai lalu apabila mereka bertindak bertanding secara solo menentang PH.

    Menambahkan lagi perit itu, apabila pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, BN membuat pakatan bersama PN.Mereka akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi manakala baki kerusi itu diisi oleh calon-calon PN, khususnya dari PAS dan Wawasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah