28 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pergi Sekolah Belajar Ke Menyondol?’ – Ustazah Didakwa Hambur Kata Kesat & Tuduh Anak Pakai Make Up, Ibu Luah Rasa Kecewa

    Shopee Sale

    Seorang ibu meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang ustazah yang didakwa menuduh anak perempuannya melanggar peraturan sekolah serta melemparkan kata-kata kesat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Rujuk Ustazah, Risau Arwah Ibu ‘Disoal’ Kerana Masih Simpan Baju – ‘Saya Pakai & Ada Sedekahkan’

    Anak dituduh guru

    Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut mendedahkan seorang ustazah memarahi anaknya gara-gara didakwa memakai solekan ketika di sekolah.

    Menurut wanita tersebut, anaknya tidak memakai sebarang solekan namun guru berkenaan masih tidak berpuas hati terhadapnya.

    Ustazah tarik anak aku depan ramai, kesat muka dengan tisu basah sebab dia rasa anak aku pakai make up pergi sekolah. Tapi memang tak ada make up yang melekat sebab dia tak pakai cuma muka dia putih bila panas nampak macam pakai blusher.

    Ustazah tu tetap marah anak aku dan kata dia pakai mascara, padahal bulu mata dia memang lentik dan panjang sejak kecil.

    Wanita tersebut juga mendakwa, guru berkenaan menggelar anaknya dengan panggilan-panggilan negatif sehingga memberi kesan mendalam terhadap emosi.

    Lepas tu dia cakap, ‘awak ni pergi sekolah nak belajar ke nak menyondol?’ Tu yang anak saya terus menangis, dia kata malu semua orang tengok dan jeling.

    Saya tak kisah kalau semua cikgu bertugas nak lap muka anak sebab itu tugas untuk pastikan murid ikut peraturan sekolah. Tapi kalau tak ada apa-apa tak payahlah nak marah, nak malukan dia.. anak aku tak ada salah pun.

    Aku nampak anak aku macam ada beban dekat dalam hati dia yang tak terlepas lagi. Berat dia nak cakap.

    Sebelum ustazah lepaskan dia masukan kelas, ustazah cakap dia sundal. Allahuakbar.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Trend Jamilah’ Didakwa Memalukan, Pempengaruh Nasihat Wanita Jaga Maruah

    The post ‘Pergi Sekolah Belajar Ke Menyondol?’ – Ustazah Didakwa Hambur Kata Kesat & Tuduh Anak Pakai Make Up, Ibu Luah Rasa Kecewa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah