26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Sambut Birthday Jefri Nichol – ’26 But Forever My Baby’

    Shopee Sale



    Semalam, pempengaruh media sosial iaitu Ameera Khan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebiji kek dihiasi potret wajahnya serta sejambak bunga ros merah sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Jefri Nichol.

    Sambut ‘birthday’ Jefri

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

    Terbaharu, Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan berkongsi pula momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Jefri di sebuah restoran di Indonesia.

    Dalam momen yang begitu romantis itu, Ameera dilihat bergambar mesra bersama Jefri di hadapan dua potong kek yang turut terpampar tulisan ‘Happy birthday, sayang’.

    Di ruangan kapsyen, Ameera juga memaklumkan bahawa Jefri akan selamanya menjadi ‘baby’ dalam kehidupannya meskipun sudah mencecah usia yang ke-26 pada tahun ini.

    26 tahun (umur Jefri) but forever be my baby.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar hubungan percintaan Ameera dan Jefri akan berakhir ke jinjang pelamin.

    MENARIK:  Trio Ni Buat Apa Dekat TRX? Siap Pegang Beg Tote Gergasi Mister Potato, Apa Yang Jadi Sebenarnya Ni?

    Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.

    Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

    Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah