
Isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri, 47, enggan mengulas lanjut mengenai sebutan kedua kes penceraian bersama suaminya, pada Rabu.
Enggan ulas banyak

Hidayah tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya pada jam 9.40 pagi Rabu.
Lengkap berbaju kurung, Hidayah yang berkerusi roda sambil diiringi anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq, 20, berharap urusan kedua di mahkamah hari ini dilancarkan.
Saya tak dapat bagitahu apa apa lagi. tunggu selepas ini. Cuma harap dimudahkan.
Kita tengok apa yang jadi nanti, minta maaf saya tak boleh cakap apa-apa lagi.
Ketika ditanya mengenai dakwaan suaminya yang tidak menerima surat dari peguamnya, Hidayah enggan memberi komen lebih lanjut mengenai perkara itu.
Saya tak boleh cakap apa-apa lagi.
Cuba bincang

Sementara itu, Edika yang hadir pada jam 10 pagi berkata dia mahu memohon kerjasama daripada pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.
Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia tak okay juga kita berikan apa yang dia nak.
Kalau orang dah minta cerai, kata tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang.
Saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga. Kita kena kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita.
Mungkin ada silap saya, saya pun tak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tetapi dia yang tak nak.
Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketika ditanya apakah faktor Hidayah memfailkan perceraian, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.





