
Pelakon Dini Schatzmann tidak dapat menahan air mata selepas menerima kejutan istimewa daripada isteri tercinta yang juga aktres, Janna Nick.
Kejutan untuk Dini
nah surprise paling AWKWARD! reaction ending tu lagi sampai terkejut dia?
? original sound – jannanick95 – jannanick95
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner menghadiahkan sebuah kereta untuk suami tercinta.
Hari ini saya nak buat kejutan untuk Dini, nak bagi kereta baru. Saya simpan rahsia ini sudah lebih dua minggu.
Saya tipu konon nak ajak pergi dating.
Dia memang terkejut sangat sebab saya memang tak bagi beli kereta.
Dini kemudian menangis dan memeluk Janna kerana terharu dengan kejutan tersebut.
Awak tidak perlu pun buat begitu.
Ini kereta impian saya! Alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, Janna dan Dini tidak mendedahkan model kereta baharu tersebut.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dan geli hati dengan gelagat pasangan tersebut.
Dalam masa yang sama, mereka turut senang mellihat kebahagiaan Janna dan Dini.
Sekadar info, Dini dan Janna mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2023 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.





