Pelakon Daler Yusuf tampil memberi pandangannya berhubung isu tular melibatkan aktres muda, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Acah Innocent, Suka Bila Orang Yang Tak Bersalah Kena’ – Tunang Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Hilang Sabar, Dedah Perangai Sebenar Mia Sara Nasuha? – ‘Isteri Aku Hampir Hilang Nyawa’
Daler Yusuf tegur

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berpendapat bahawa teman lelaki dan bapa tiri kepada Puteri Balqis tidak sewajarnya mencampuri urusan aktres itu.
Sebagai seorang lelaki Muslim, aku rasa boyfriend Balqis dengan bapak tirinya tu tak perlu masuk campur urusan perempuan macam ni kot.
Malah pelakon filem Bintang Hatiku ini juga tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua lelaki itu yang didakwa bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia Sara.
Lepas baca screenshot IG story dorang, nampak betul-betul kurang ajar dan kasar sangat terhadap seorang gadis berumur 20 tahun.
Tak elok langsung cara dorang tu. Astaghfurillah!
Dalam pada itu, Daler tidak menafikan hak seorang suami dalam mempertahankan isteri namun adab dan bahasa perlu dititikberatkan.
Mempertahankan isteri memang hak dan tanggungiawab suami, tu saya setuju 100%.
Tapi jaga bahasa tu penting jugak, especially bila cakap pasal perempuan. He was extremely rude, boleh defend dengan cara lebih baik.
Terdahulu, kecoh di media sosial, apabila Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Sumber: Threads Daler Yusuf
The post Daler Yusuf Tegur Kekasih & Bapa Tiri Puteri Balqis – ‘Tak Elok Cara Tu, Kurang Ajar & Kasar’ first appeared on OHBULAN!.





