27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peluk Islam Sejak 3 Ogos, Kael Pilih Maulidur Rasul Umum Perjalanan Baharu – “Saya Melalui Banyak Perkara Sehingga…”

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Kael Lean mendedahkan dia sebenarnya sudah memeluk agama Islam sejak 3 Ogos lalu selepas melalui proses pencarian dan mendalami agama itu selama kira-kira tiga hingga empat tahun.

    Kael berkata, dia sengaja mengambil sedikit masa sebelum berkongsi berita tersebut kepada umum kerana mahu benar-benar bersedia dengan fasa baharu dalam kehidupannya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kael ‘Dibuang’ Keluarga Kandung Sejak Kecil, Ditinggalkan Di Hentian Bas – ‘Terpaksa Tidur Atas Kotak’

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Berhasrat Untuk Nikahi Engku Sulwani’ – Kael Sedia Tukar Agama, Sedang Pelajari Islam

    Pilih Sambutan Maulidur Rasul Kongsi Berita Gembira

    Menurut Kael, sambutan Maulidur Rasul dipilih sebagai hari untuk mengumumkan perkara tersebut kerana tarikh berkenaan cukup dekat di hatinya serta membawa simbolik permulaan baharu.

    “Saya dah simpan perkara ini agak lama dan rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkongsi. Saya perlukan sedikit masa untuk menyediakan diri sebab ini perkara yang sangat penting bagi saya.

    “Saya pilih Maulidur Rasul sebab bila fikir tentang hari yang dekat dengan hati untuk ceritakan perjalanan ini, saya rasa inilah hari yang tepat.

    “Ia juga menjadi peringatan kepada diri saya bahawa ini adalah satu permulaan baharu,” katanya.

    Mengulas perjalanan tersebut, Kael berkata keputusan kembali kepada Islam hadir selepas dia banyak mempersoalkan tentang tujuan hidup, ketenangan hati serta hubungannya dengan Allah.

    “Saya melalui banyak perkara dalam hidup sehingga banyak bertanya kepada diri sendiri tentang siapa saya, tujuan hidup dan ketenangan hati.

    “Saya percaya kembali kepada Islam adalah satu pengembalian kepada fitrah. Saya masih baharu dan masih belajar, jadi saya tak mahu gambarkan seolah-olah saya tahu semuanya,” katanya.

    Sudah Belajar Islam Sebelum Berkenalan Dengan Kekasih

    Kael turut menjelaskan perjalanan mengenali Islam sudah bermula sebelum dia mengenali teman istimewanya, Engku Sulwani.

    MENARIK:  [VIDEO] Vida Terkejut Kacak Buat Kejutan Sempena ‘Birthday’, Sebak Baca Kiriman Mesej Cik B Dari Sepanyol

    “Sebelum berjumpa dengan Engku pun saya sudah membuat persiapan. Sudah tiga hingga empat tahun saya belajar dan bertanyakan soalan kepada kawan-kawan.

    “Hubungan bukan faktor utama, tetapi apabila saya bertemu dengannya, sudah tentu ia menguatkan lagi perjalanan itu,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Kael kini masih mengikuti proses pembelajaran agama dengan bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak mahu tergesa-gesa dalam memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

    Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya terus istiqamah selain menegur dengan cara baik sekiranya melakukan kesilapan sepanjang perjalanan tersebut.

    “Saya cuma minta orang ramai doakan yang terbaik, doakan saya istiqamah dan terus belajar.

    “Kalau ada silap, tegurlah dengan baik. Berikan saya ruang untuk berkembang dan menjadi lebih baik,” katanya.

    The post Peluk Islam Sejak 3 Ogos, Kael Pilih Maulidur Rasul Umum Perjalanan Baharu – “Saya Melalui Banyak Perkara Sehingga…” first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah