Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, baru-baru ini mencuri perhatian warganet selepas berkongsi kisah mengenai identiti awalnya yang unik dan sebelum ini tidak pernah didedahkan secara meluas.
Artikel Berkaitan: Amin Idris Sedih Semakin Ramai Wanita Tanggal Tudung – ‘Berhijab Kerana Trend’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amin Idris Jawab Hukum Beri Alasan Tak Sedia Untuk Bertudung
Berketurunan campuran
Menerusi sebuah potongan video di TikTok, Amin Idris, 44, mendedahkan bahawa sebelum memeluk Islam, nama penuhnya ialah James Kelson Dambu Murthy iaitu gabungan nama yang mencerminkan keturunan campurannya daripada India, Siam, Cina dan Filipina.
Nama saya dulu James Kelson. ‘Kelson’ itu kerana ayah saya seorang peguam, dan itu antara nama hakim prominent di England. ‘James’ pula masa sebab filem James Bond, versi sean connery tak silap masa itu.
Nama Iban saya pula, Dambu. Nama keturunan India saya, Murthy. Jadi nama penuh saya James Kelson Dambu Murthy.
Saya guna nama itu sampai darjah satu. Orang ingat Mat Saleh sebab masa kecil, saya putih melepak, rambut pun gaya orang putih.
Mak saya pula daftar sekolah guna nama James.
Darjah satu, kali terakhir gunakan nama ‘James’

Tambah Amin, kali terakhir dia dipanggil James oleh rakan sekelasnya adalah ketika berada di darjah satu.
Last saya guna nama tu masa darjah satu. Lepas dari itu guna nama Amin.
Yang tahu nama James itu hanya rakan sekelah saya masa darjah satu dan kebawah lah, tadika.
Ujarnya, nama asalnya ini jarang sekali diceritakan secara terbuka.
Jarang, tapi ada lah dekat beberapa program tv sebelum ini tapi saya rasa tak ada lah kecoh sangat.
Dalam pada itu, menurut Amin, 44, dia sebenarnya sudah memeluk Islam sejak kecil dan memiliki dokumen berkaitan, tetapi maklumat itu tidak pernah sampai kepada ibunya.
Akibatnya, ketika mendaftar di sekolah rendah, dia menggunakan nama ‘James’. Namun, segalanya berubah selepas bapanya menyerahkan dokumen asal tersebut kepada ibunya.
Selepas itu, baru lah saya guna semula nama Amin.
Amin menjelaskan juga bahawa bapanya yang memilih nama Amin, kerana ianya ringkas dan mudah.
Ayah saya pilih nama Amin sebab pendek, senang nak tulis masa exam.
Amin bin Idris, settle. Petak dekat borang pun banyak lebih.
Katanya lagi, proses menyesuaikan diri dengan nama baharu tidak begitu sukar kerana kehidupannya semasa kecil sering berpindah-randah.
Sebab berkaitan dengan mak saya hidup susah dulu, kita kerap pindah sekolah.
Jadi bila dah darjah dua, masuk sekolah baru, guna nama Amin, Orang dah tak tau lah nama James tu.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Dari James Kelson Dambu Murthy Ke Amin: Perjalanan Identiti Amin Idris – ‘Saya Guna Nama Itu Sampai Darjah Satu’ first appeared on OHBULAN!.





