31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Contohi Ryan Bakery, Dia Tak Pernah Sentuh Orang’ – Azlee Senario

    Shopee Sale



    Pelawak yang juga ahli kumpulan Senario iaitu Azlee menitipkan nasihat buat pempengaruh media sosial untuk bertindak bijak dalam menghasilkan apa-apa ‘content’ di media sosial.

    Contohi Ryan Bakery!

    Azlee atau nama lengkapnya Azlee Jaafar berpendapat setiap ‘content’ yang dihasilkan tidak sepatutnya menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

    Macam isu Ellie, memang betul ada ramai orang dengan nama itu, tapi tentu pemilik nama akan terasa sebab dia sebut tepat. Kalau sebut berkias tak apa, tapi nama itu tepat.

    Selain itu, dia sebut nama Fauziah Nawi dan Wan Maimunah. Dia sebut nama yang tepat dan orang itu akan terasa.

    Saya lebih suka pencipta kandungan seperti Ryan Bakery, dia tak ada menyentuh orang pun. Kenapa kita nak cari populariti dengan cara sebegitu.

    Memang betul mahu naikkan jumlah tontonan, tapi dia jaga tak sensitiviti orang lain?

    Azlee berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media Bazaar Raya Shah Alam X Azlee Senario yang diadakan di Kelab Shah Alam pada Selasa.

    MENARIK:  Netizen Risau Tengok Penampilan Terkini Henry Golding

    Minta maaf secara tulus

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Senario XX’ menggesa individu terlibat untuk mengakui kesilapan serta membuat permohonan maaf secara tulus.

    Kalau betul dia menyalahgunakan nama individu terbabit, dia sendiri perlu minta maaf.

    Kata Allah, dalam banyak-banyak dosa, yang menakutkan adalah dosa sesama makhluk sebab nanti nak jumpa susah.

    Saya harapkan, pempengaruh di luar sana kalau mahu buat kandungan janganlah sentuh isu begini lagi. Carilah perkara lain untuk dibuat.

    Betul itu hak dia untuk buat apa sekalipun, tapi kalau boleh jangan sampai menyinggung orang.

    Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi dua hantaran di TikTok dengan kandungan berunsur fitnah.

    Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar dilapor kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah