Usahawan popular, Christy Ng buat pertama kalinya mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap individu yang didakwa cuba mencemarkan nama baik syarikatnya.
Artikel Berkaitan: Christy Ng Dedah Kisah Di Sebalik Nama Ikonik Jenama – ‘Bermula Dari Gelanggang Badminton…’
Artikel Berkaitan: Christy Ng Jadi ‘Personal Shopper’ Sebelum Mula Bisnes, ‘Customer’ Sanggup Datang Beli Tengah Malam – ‘Ibu Sampai Hidangkan Meggi’
Bimbang dengan tanggapan pelabur

Ketika ditemui , pemilik nama Christina Mei Mei Ng, 36, menjelaskan tindakan itu diambil kerana bimbang ia boleh menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan pelabur luar negara yang berhasrat bekerjasama dengannya.
Menurut Christy, dakwaan pihak terbabit yang mengatakan pihaknya tidak membayar gaji pekerja, pempengaruh, mempergunakan dan mencuri idea orang lain adalah tidak benar.
Jelas Christy, pihaknya juga mempunyai bukti bahawa mereka membayar gaji pekerja dan pempengaruh yang berkhidmat di bawah syarikatnya.
Sebenarnya, saya sudah cuba untuk berbincang sebelum menghantar LOD itu tapi dia tidak mahu bagi kerjasama.
Dia tetap berkeras menyatakan apa yang dikatakan di media sosial adalah benar tetapi saya ada bukti bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.
Semua yang dituduh itu tidak benar. Saya bukan orang yang menindas orang. Saya sayang staf-staf saya dan harap orang ramai tidak percaya dengan khabar angin yang tidak berasas.
Sebelum ini, ramai yang hentam saya tetapi saya tidak layan. Selepas perniagaan saya semakin berkembang, saya ada banyak partner dari luar negara dan mereka baca tentang perkara ini dan tanya sama ada dakwaan itu betul atau tidak.
Saya kena buktikan saya tidak buat dan perkara itu semua fitnah.
Christy berkata demikian ketika ditemui pada pembukaan kedai miliknya di SOGO, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Segala dakwaan tidak benar

Malah, Christy menegaskan dakwaan bahawa dia tidak memberikan cuti bersalin kepada pekerjanya juga tidak benar.
Banyak manfaat yang saya beri kepada staf saya yang menimang cahaya mata. Jadi saya rasa dakwaan itu sangat tidak adil.
Kalau betul-betul saya tindas mereka saya tidak akan berada di sini.
Pekerja saya juga jarang berhenti dan ada juga di antara mereka yang bekerja sampai sekarang sejak hari pertama syarikat ini ditubuhkan.
Dalam pada itu, kata Christy, individu berusia 30-an itu sebelum ini pernah menghantar surat permohonan kerja kepadanya, namun jawatan yang dimohon belum dibuka dan dianggap tidak sesuai.
Bagaimanapun, permohonannya tidak dilayan sehingga lelaki itu cuba mengganggu kehidupan peribadi Christy serta memburukkan jenamanya di media sosial.
Terdahulu, individu terbabit yang didakwa menggunakan akaun palsu mendakwa Christy tidak menjaga kebajikan pekerja dan imej yang ditunjukkan pada awam adalah lakonan semata-mata.
The post [VIDEO] Christy Ng Hantar LOD Kepada Individu Didakwa Cemar Nama Syarikat – ‘Saya Bukan Orang Yang Suka Menindas’ first appeared on OHBULAN!.





