29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Cepat Atau Lambat, Semua Salah’ – Dr Afifah Akui Perlukan Masa Untuk ‘Move On’

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akui memerlukan masa untuk menerima ujian yang menimpa rumah tanggnya setelah lebih sedekad bergelar isteri.

    Artikel Berkaitan: Nubhan Tolak Tepi Sementara Isu Rumah Tangga & Dakwaan Orang Ketiga – ‘Saya Kena Fokus GV’

    Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Seorang Abah Yang Baik’ – Dr Afifah Tak Halang Anak-Anak Bertemu Keluarga Mentua

    Perlukan masa

    Ketika ditemui , Dr Afifah, berpendapat setiap keputusan yang dibuat akan dinilai netizen sama ada positif mahupun negatif.

    Nak kata move on, nanti kalau cepat sangat pun salah, tak move on pun salah kan.

    Jadi, macam saya cakap sebelum ini, bagi saya masa.

    Ujarnya lanjut, tidak mudah untuk menerima apa yang terjadi dengan tempoh perkenalan bersama pelantun lagu ‘Kekasih Untukku’ yang berusia berbelas tahun.

    Saya kenal dia bukan 10 tahun perkahwinan, sebelum kahwin pun saya dah berkawan dengan dia.

    Kalau jumlahkan, belas-belas tahun dah.

    Dr Afifah berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai sidang prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.

    MENARIK:  ‘Amyza Nak Bawa Andre Balik Rumah, Tapi Saya Halang’ – Didie Alias

    Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

    Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

    Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

    The post [VIDEO] ‘Cepat Atau Lambat, Semua Salah’ – Dr Afifah Akui Perlukan Masa Untuk ‘Move On’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah