26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Amyza Nak Bawa Andre Balik Rumah, Tapi Saya Halang’ – Didie Alias

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Didie Alias mendedahkan dia telah menghalang niat Amyza Aznan daripada membawa pulang anaknya, Andre Mikhail keluar dari hospital sehari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

    Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Ralat Tiada Di Sisi Andre Mikhail Ketika Hembus Nafas Terakhir – ‘Ramadan Ini Sangat Perit’

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Paling Laju Datang & Hulur Bantuan’ – Netizen Teruja Dengan Keprihatinan Didie Alias Bantu Rakan Seindustri

    Detik bersama arwah

    Didie, 54, berkata hasrat itu disuarakan Amyza kerana tidak sanggup melihat anaknya terus dirawat di hospital, namun dia bertindak segera dengan menenangkan rakan baiknya itu.

    Yang orang nampak berita kata Amyza nak bawa Andre balik rumah, memang betul. Tapi saya menghalang. Masa itu dia tak tahu keadaan anak dia, memang tengah menunggu sahaja.

    Tapi dia cuba nak balik rumah sebab dia kata dia tak nak anak dia duduk hospital. Saya cuba mengelak-mengelak.

    Kemudian saya buat satu hantaran dan kawan-kawan datang ziarah. Bila kawan-kawan datang, dia dah tak terfikir pasal mahu bawa balik Andre.

    Didie berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada Selasa sejurus selesai majlis pengebumian Allahyarham Andre Mikhail.

    Dalam pada itu, Didie turut berkongsi detik pilu yang dilalui Amyza apabila tidak sempat berada di sisi Andre ketika arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, pada malam Isnin.

    Petang Isnin, selepas berbuka puasa, Amyza beritahu mahu pulang mandi. Hati saya berat untuk membenarkan, seolah-olah anaknya mungkin memerlukannya ketika itu.

    Namun dia kata sudah terlalu penat. Sebelum pulang, dia pesan untuk tengok anaknya dan bacaan oksigen. Jadi saya suruh dia pergi mandi, saya akan uruskan. Ketika dia tiada, saya minta suaminya naik melihat keadaan anak.

    Tidak lama kemudian, Didie berkata dia sendiri naik ke wad kerana berasa tidak sedap hati dan ketika itu mendapati keadaan Andre semakin nazak.

    Tak lama kemudian saya sendiri naik kerana hati tak sedap. Sampai di atas, memang arwah sudah nazak. Betul-betul di depan mata, saya menyaksikan dia pergi.

    Saya sempat berkata kepada Amyza kemudian, mungkin anaknya tidak mahu melepaskan nyawa di depan ibunya kerana terlalu sayang dan tidak mahu ibunya lebih terluka. Biarlah saya sahaja yang menanggung sakit untuk dia.

    Selepas itu, saya mengesahkan dengan doktor. Doktor cuba melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR). Pihak hospital memberi kerjasama sangat baik dan doktor mengesahkan arwah meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

    Saya menunggu kepulangan Amyza. Saya hubunginya dan dia bertanya sama ada oksigen anaknya sudah menurun. Saya tidak sampai hati untuk beritahu. Kali kedua dia masih bertanya.

    Saya hanya berkata, anaknya sedang menunggu dia. Apabila dia sampai di hadapan lif, tubuhnya sudah longlai dan tidak mampu berkata apa-apa.

    The post ‘Amyza Nak Bawa Andre Balik Rumah, Tapi Saya Halang’ – Didie Alias first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah