Pelakon jelita, Anna Jobling, mengakui dia memang meminati emas sejak kecil lagi dan gemar mengumpul koleksi perhiasan.
Artikel Berkaitan: Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Tunda ‘Terbang’ Ke Indonesia, Bangga Dengan Keprihatinan Rakyat Malaysia
Suka kumpul emas

Ketika ditemui , Anna, 25, berkongsi bahawa dia melihat emas sebagai satu pelaburan yang bijak kerana nilai pasaran sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
Saya memang seorang pengumpul emas. Daripada kecil lagi saya suka, bila dah besar lagi bertambah suka.
Nombor satu, sebab saya memang minat emas. Kedua, emas boleh dijadikan pelaburan, harga sentiasa naik tak akan menurun.
Saya selalu nasihatkan kawan-kawan saya untuk melabur kepada emas walaupun saiznya (perhiasan) kecil.
Ditanya perhiasan apakah yang dibeli ketika pertama kali menerima bayaran sebagai aktres, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata dia membeli cincin.
Anna berkata demikian ketika pelancaran koleksi perkahwinan Tomei Bridal 2025 ‘Her Vintage Vow’ yang diadakan di IOI City Mall, pada Sabtu.
Bercerita mengenai ‘Her Vintage Vow’, pelakon drama Melur Untuk Firdaus bersyukur menerima kepercayaan daripada Tomei selain dapat mempelajari ilmu baharu.
Saya belum kahwin lagi, alhamdulillah dapat tawaran ini. Masa saya buat kempen shoot untuk koleksi bridal kolaborasi dengan Tangsi Tujuh memang terus nampak macam pengantin.
Saya sangat bersyukur atas kepercayaan Tomei kepada saya. Dalam masa sama, saya belajar banyak pasal koleksi emas, berlian dan mutiara.
Bila ada yang minta pendapat pasal barang kemas, saya boleh bagi idea cara untuk menggayakan dengan pakaian yang sesuai. Tadi juga saya sempat shopping di Tomei sebab saya peminat tegar Sanrio.
Diamond Collection paling ‘hot’

Sementara itu, menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia berkata, koleksi ini bukan sahaja mencerminkan keperibadian wanita, tetapi juga menjadi simbol janji cinta sejati.
Kami mahu setiap pengantin rasa diraikan dengan cara paling tulen melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka.
Keindahan Diamond Collection tidak pernah pudar, itulah rahsia tarikannya.
Daripada keempat-empat koleksi tersebut, Diamond Collection terus mencatatkan permintaan paling tinggi kerana rekaannya kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengantin moden.
Diamond Collection kekal sebagai koleksi paling mendapat sambutan kerana keindahannya tidak pernah pudar. Ia adalah simbol keanggunan yang dekat di hati ramai pengantin hari ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tomei menganjurkan Tomei Wedding Fair di IOI City Mall, Putrajaya, dari 3 hingga 16 September 2025.
Pengunjung berpeluang meneroka keseluruhan koleksi Bridal 2025, menyertai sesi Style Talk bersama pelakon Anna Jobling serta kolaborasi dengan Tangsi Tujuh yang memberi perspektif baharu dalam gaya perkahwinan Nusantara moden.
Tidak sekadar itu, pengunjung juga disajikan dengan pengalaman unik menerusi Sanrio Pop-up Experience yang membolehkan mereka menikmati pelbagai tawaran istimewa dan hadiah eksklusif.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Sanrio Blind Box edisi baharu, 999 Hello Kitty Sports Medal Gold Wafer dan pelbagai barangan menarik lain.
Kempen Her Vintage Vow akhirnya menjadi refleksi bagaimana janji cinta boleh dizahirkan dalam bentuk paling indah melalui perhiasan yang melambangkan keperibadian serta kisah perjalanan cinta setiap pasangan.
The post [VIDEO] Bukan Sekadar Cantik, Anna Jobling Bijak Kumpul Emas – ‘Harga Sentiasa Naik’ first appeared on OHBULAN!.





