32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bukan Kerana Kuat Diet & Bekerja, Tapi Baby A Tidak Sihat’ – Fasha Sandha Keguguran Usia Kandungan 10 Minggu

    Shopee Sale

    Pelakon Fasha Sandha berkongsi khabar duka apabila mendedahkan dirinya mengalami keguguran pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Kagum Disiplin Sharifah Rose – ‘Dia Mampu Pergi Jauh’

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Aidil Aziz Dilantik Duta RaRa 2025, Eksklusif Tampilkan Anak Bongsu Di Kaca Televisyen

    Keadaan kesihatan kandungan tidak mengizinkan

    View this post on Instagram

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan menjelaskan bahawa keguguran awal kehamilan yang dialaminya bukan disebabkan faktor terlalu kuat bekerja, terlalu aktif bergerak atau mengamalkan diet berlebihan.

    Jelasnya, keguguran itu berlaku kerana keadaan kandungan yang tidak mengizinkan ketika usia kehamilannya mencecah 10 minggu.

    Keguguran ini bukan sebab banyak bekerja atau bergerak dan bukan juga terlalu kuat diet.

    Kata Doktor Elly, kerana baby A tidak sihat, maka terjadilah keguguran awal kehamilan ini dalam tempoh 10 minggu.

    Tapi saya tetap perlu menjalani prosedur untuk mencuci sebab baby A dah besar.

    Jangan salahkan diri sendiri

    Fasha, 42, bagaimanapun menganggap ia belum menjadi rezeki buat dirinya dan suami.

    MENARIK:  ‘Saya Bahagia Maia Dapat Suami Lebih Baik Daripada Saya’

    Katanya, dia dan suami, Aidil Aziz merancang untuk mencuba lagi pada tahun akan datang, namun buat masa ini memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya masing-masing.

    Ini bukan rezeki kami lagi.

    InsyaAllah kami akan cuba lagi di tahun akan datang, sekarang bersama-sama fokus kerja dahulu.

    Dalam hantaran yang sama, pelakon filem Anak Mami Kembali itu turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita yang melalui pengalaman sama supaya tidak terlalu bersedih atau menyalahkan diri atas apa yang berlaku.

    Kepada yang mengalami dugaan yang sama seperti saya, jangan rasa down.

    Dapat hamil pun satu anugerah.

    Mungkin ada rezeki lain untuk kita.

    Sumber: Instagram Fasha Sandha

    The post [VIDEO] ‘Bukan Kerana Kuat Diet & Bekerja, Tapi Baby A Tidak Sihat’ – Fasha Sandha Keguguran Usia Kandungan 10 Minggu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah