29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Do Work Not For Awards’ – Beto Kusyairy Pegang Pesanan Arwah Yasmin Ahmad, Anggap Karya Sentuh Hati Penonton Kejayaan Terbesar

    Shopee Sale

    Dalam dunia seni, kejayaan sering dikaitkan dengan populariti, jumlah anugerah atau seberapa kerap nama seseorang menjadi perhatian. Namun bagi sesetengah anak seni, kepuasan sebenar datang apabila karya yang dihasilkan mampu menyentuh hati dan meninggalkan kesan kepada penonton.

    Itulah prinsip yang dipegang pelakon Beto Kusyairy sepanjang perjalanan kariernya. Tidak terlalu mengejar pengiktirafan, Beto lebih memilih untuk melihat setiap pengalaman sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya hari ini.

    Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Titip Pesanan Untuk Tidak Kejar Populariti – ‘Jangan Berkarya Kerana Anugerah’

    Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Nafi ‘Libang Libu’ Eksploitasi Watak Lembut – ‘Bukan Normalisasi..Ia Wujud Dalam Masyarakat’

    Bersyukur Dengan Aturan Illahi

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA kali ini, pelakon Beto Kusyairy berkongsi pandangannya mengenai perjalanan hidup, kejayaan serta prinsip yang dipegang sepanjang bergelar anak seni.

    Bagi Beto, kedudukannya hari ini bukan sesuatu yang mahu diubah atau dipersoalkan. Sebaliknya, setiap fasa yang dilalui dianggap sebahagian daripada perjalanan yang sudah ditentukan buat dirinya.

    Saya di sini atas pengalaman perjalanan saya. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, saya takkan ubah apa-apa. Ini adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh-Nya.

    Saya hadap, saya lalu. Selebihnya doa yang paling penting, doa ibu bapa.

    Kejayaan Bukan Diukur Dengan Anugerah

    Dalam industri hiburan, trofi dan pengiktirafan sering dilihat sebagai antara ukuran kejayaan seseorang anak seni. Namun bagi Beto, definisi kejayaan yang paling indah buat dirinya jauh lebih sederhana.

    MENARIK:  Abang Tesla Berang Ada Kaki ‘Report’ Dekat Isteri Pertama Setiap Keluar ‘Dating’ Dengan Bini Kedua – ‘Hidup Kau Dah Bosan Sangat Ke?’

    Apa yang lebih bermakna adalah apabila lakonan dan naskah yang dibawanya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

    Apabila orang terkesan dengan karya saya. Saya tidak pernah mengejar anugerah.Saya dididik dan percaya dengan kata-kata Allahyarham Yasmin Ahmad, ‘Do work not for awards, do it honestly.’ Itu yang saya pegang sampai sekarang.

    Pegangan itu menjadi prinsip Beto dalam memilih untuk memberikan kejujuran kepada setiap karya, berbanding menjadikan pengiktirafan sebagai matlamat utama.

    Bila orang terkesan dengan karya atau naskah saya, itu adalah the ultimate pencapaian bagi saya.

    Buat Beto, kejayaan akhirnya bukan tentang berapa banyak trofi yang berada di tangan, tetapi sejauh mana sesebuah karya mampu hidup dalam ingatan dan memberi sesuatu kepada mereka yang menontonnya.

    Kadangkala, penghargaan paling besar buat seorang pelakon bukanlah apabila namanya diumumkan di atas pentas, tetapi apabila watak yang dibawanya masih diperkatakan selepas tirai ditutup.

    The post POV XTRA: ‘Do Work Not For Awards’ – Beto Kusyairy Pegang Pesanan Arwah Yasmin Ahmad, Anggap Karya Sentuh Hati Penonton Kejayaan Terbesar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah