32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Laporan RCI TH: Elak tuduhan melulu, penghakiman politik – BN

    Shopee Sale

    BN mencadangkan supaya kajian menyeluruh dibuat terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) yang turut merangkumi tempoh selepas 2020 khususnya membabitkan perananan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB).

    Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, berkata BN menyambut baik dapatan dan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH yang dibentangkan di parlimen pada Selasa lalu.

    "Perbahasan juga mengesahkan bahawa RCI ini memfokuskan pada tempoh 2014 hingga 2020 sahaja.

    "Oleh itu, adalah wajar kajian menyeluruh mengenai keseluruhan sejarah tadbir urus TH dengan turut membuat penelitian terhadap tempoh-tempoh lain, termasuk perkembangan dan keputusan selepas tahun 2020 seperti perananan yang dimainkan oleh UJSB hingga kini," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Zambry, dapatan RCI menyentuh isu tadbir urus, struktur kuasa, pemisahan fungsi dan mekanisme semak imbang TH perlu dilihat sebagai asas untuk memperkukuh institusi tersebut, bukan mencari keuntungan politik jangka pendek.

    "BN menyambut baik usaha penambahbaikan yang telah dilaksanakan, termasuk pelaksanaan syor-syor RCI, dan berpandangan bahawa transformasi institusi perlu diteruskan secara konsisten," tambahnya.

    Sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Jul menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan membentangkan laporan berkenaan RCI terkait TH.

    MENARIK:  Tutup siasatan kes anak menteri? Tak ada, kata Fahmi

    Bagaimanapun ahli parlimen PAS dan Wawasan memilih untuk keluar sekali gus memboikot sidang khas tersebut selepas permintaan mereka untuk menangguhkannya – atas alasan ia tidak dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ditolak.

    Anwar ketika itu berehat di hospital selepas menjalani pembezahan.

    Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan sidang berkenaan diteruskan seperti dijadual kerana walaupun tanpa Anwar, ia masih disertai timbalan perdana menteri serta menteri lain.

    Zambry berkata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sejak awal menyatakan sokongan supaya laporan RCI didedahkan di parlimen dan dibahaskan secara khas.

    "Malah beliau turut mencadangkan supaya penelitian diperluaskan bagi memastikan ketelusan yang benar-benar menyeluruh.

    “Ini menunjukkan bahawa BN tidak pernah mengambil pendirian untuk menutup ruang penelitian awam terhadap isu TH.

    "Oleh itu, semua pihak perlu mengelakkan (daripada membuat) tuduhan melulu; penghakiman politik sebelum proses perundangan selesai; dan naratif yang boleh menjejaskan keyakinan pendeposit tanpa asas yang bertanggungjawab," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah