Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tampil menghulurkan sumbangan kepada pelawak veteran Sathiya, yang baru-baru ini kehilangan kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Artikel Berkaitan: Ibu Jari Kaki Kiri Sathiya Dipotong Akibat Jangkitan Kuman – ‘Kalau Tak, Boleh Merebak Ke Seluruh Badan’
Artikel Berkaitan: Sathiya Tak Mahu Bebankan Mana-Mana Pihak, Syukur Kesihatan Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar
Sumbangan sempena Deepavali
Menerusi inisiatif MYDIN Prihatin, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah MYDIN, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd telah menziarahi pelawak itu di kediamannya serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali.
Pada video berdurasi hampir dua minit itu, Sathiya dilihat menerima beberapa barangan Mydin serta kerusi roda baru.
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) prihatin terhadap nasib lagenda tanah air, Sathiya yang kini berdepan masalah kesihatan.
Menerusi inisiatif MYDIN Prihatin, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah MYDIN, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd telah menziarahi beliau di kediamannya serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali yang bakal tiba.
Semoga Sathiya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kita semua.
Netizen berterima kasih




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Datuk Ameer Ali Mydin yang menyumbang keperluan asas buat pelawak berusia 61 tahun itu. Selain itu, warganet turut berharap dapat menghadiahkan Sathiya rumah teres agar dipermudahkan untuk bergerak.
Sumber: TikTok @mydinmalaysia
The post [VIDEO] Bos Mydin Beri Bantuan Kepada Sathiya, Netizen Harap Dapat Belikan Rumah Teres – ‘Mudah Nak Gerak Terutama Ke Hospital’ first appeared on OHBULAN!.





