31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’

    Shopee Sale

    Momen antara pelakon Kamal Adli dan anak perempuannya, Hawra Uqaira sering menjadi tumpuan warganet termasuk hantaran terkini yang dikongsikan oleh bapa mentua aktor tersebut.

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Tak Aktif Threads Selepas Cerai, Netizen Sayu Lihat Video Di Instagram Syafiq Kyle – ‘Sedihnya Tengok

    Artikel Berkaitan: ‘Hancur’ – Perkongsian Kamal Adli Sorot Perhatian, Ruang Komen Dihujani Kata-Kata Semangat 

    Jumpa Hawra

    Menerusi hantaran di Threads, dipercayai bapa mentua Kamal, Fariz Rose yang juga bapa kepada aktres Raysha Rose, telah memuat naik video yang memaparkan aktor itu sedang mendodoikan anaknya.

    Alhamdulillah, life goes on, move on.

    Sementara itu, turut kelihatan di dalam video berkenaan adalah adik kepada Uqasha iaitu Farza Dida.

    Bapa mentua yang baik

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Fariz dan menyifatkan dia sebagai seorang bapa mentua yang sangat matang meskipun anak dan menantunya telah memilih jalan perpisahan.

    MENARIK:  Ariff Bahran Dedah Punca Perlahan Karier Menyanyi – ‘Industri Ini Sangat Toksik & Bias’

    Dalam pada itu, warganet juga meluahkan rasa sayu apabila melihat Kamal dan Hawra bersama.

    Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

    Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah