24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ariff Bahran Dedah Punca Perlahan Karier Menyanyi – ‘Industri Ini Sangat Toksik & Bias’

    Shopee Sale



    Ariff Bahran

    Lama menyepi dari industri, penyanyi Ariff Bahran mendedahkan punca dia ‘menghilang’ dan memperlahankan karier dalam bidang nyanyian.

    Industri toksik

    Ariff Bahran

    Ariff atau nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, berkata, industri muzik penuh dengan ketidakadilan dan kepalsuan.

    Pada yang kata saya sia-siakan bakat dimiliki dan kata saya dah tak nak menyanyi lagi.  Industri ini sangat toksik dan bias.

    Ariff berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    Perkongsian itu dibuat susulan ada segelintir peminat yang berpendapat Ariff telah mensiakan-siakan bakat dimiliki dan kurang dihargai.

    MENARIK:  Suami Mira Filzah Luah Harapan Buat Anak, Doa Jadi Insan Beriman & Berbakti – ‘Kamu Sentiasa Disayangi’

    Dalam perkongsian sama, pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ itu berkata, industri seni tidak seindah sepertimana yang dipaparkan dalam media sosial.

    Industri tidak seindah sepertimana anda lihat dalam media sosial.

    Bagaimanapun, Ariff turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti menyokong.

    Imbas kembali, kali terakhir Ariff muncul di kaca televisyen menerusi program Famili Duo sebagai duo sepupu dengan penyanyi Haqiem Rusli, pada 2023.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah