25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azhar Sulaiman Dapat Rasa Air Tangan Leona, Bangga Anak Berdikari Di Negara Orang – ‘Dia Dah Boleh Kahwin’

    Shopee Sale

    Keperibadian anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Karis Iris Leona ternyata berubah ke arah yang lebih baik selepas berada di luar negara.

    Artikel Berkaitan: Leona Berjaya Tamatkan Pengajian, Manis Berkebaya Merah Jambu Di UK

    MENARIK:  Shukri Yahaya Setia, Dijadikan Suami Contoh – ‘Tengok Rezeki Dia Melimpah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berusia & Botak – ‘Bila Saya Tengok Lelaki Muda, Mereka Hanyalah Budak’

    Pandai masak

    " data-video-id="7539196405953383698" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @theazharsulaiman

    Melawat rumah Leona di Bath UK – Part 1

    ♬ original sound – DNP – DNP

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar mengimbas kembali momen ketika dia bersama isteri dan dua orang lagi anaknya semasa melawat Leona di kediamannya di luar negara sebelum ini.

    Anak gadis berusia 23 tahun itu menyambut kedatangan keluarga dengan menghidangkan beberapa jenis juadah makanan yang disediakan khas untuk mereka.

    Setelah tiga tahun, kita boleh makan masakan Leona.

    Selalu tengok dekat video je, hari ini dapat makan.

    Pendapat saya, untuk masakan sambal tumis udang dan masakan yang lain..dia dah boleh kahwin.

    Netizen bangga

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat raut wajah pelakon filem Keluarga Iskandar The Movie itu yang dikatakan bangga melihat cahaya matanya.

    Dalam masa sama, mereka juga memuji Leona kerana banyak perubahan positif yang ditonjolkannya semenjak berada di perantauan.

    Mata Azhar macam berair dah tu, menahan sebak.

    Satu keputusan yang tepat hantar Leona ke luar negara. Dia lebih berdikari dan sudah pandai masak.

    Leona dari tak pandai goreng telur sampailah dah pandai masak, bangga saya dengan dia.

    Semua orang tahu Leona zero bab masak dan cakap Melayu dulu pun pelat sangat-sangat. Tapi tengoklah bila dia berdikari semua benda boleh buat.

    Menangis tengok wajah Azhar, nampak sangat dia bangga dengan anak dia.

    Terdahulu, Leona berjaya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di University of Bath, United Kingdom.

    Sumber: TikTok Azhar Sulaiman

    The post [VIDEO] Azhar Sulaiman Dapat Rasa Air Tangan Leona, Bangga Anak Berdikari Di Negara Orang – ‘Dia Dah Boleh Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah