28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azeva Natassha Mohon Maaf Penampilan Mencolok Mata Dalam Bisikan Nafsu – ‘Saya Mengaku Seksi’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Azeva Natassha memohon maaf di atas penampilannya yang dilihat agak mencolok mata dalam filem sulung lakonannya, Bisikan Nafsu.

    Artikel Berkaitan: Daripada Tak Mahu Menyanyi Sampai Ada Single Sendiri, Azeva Masih Belajar Cari Suara

    Artikel Berkaitan: Nama Besar Boleh Buka Pintu, Tapi A. Aida Mahu Azeva Buktikan Kemampuan Sendiri

    Mencolok mata

    Ketika ditemui , Azeva, 25, bagaimanapun berharap orang ramai tidak terkejut melihat penampilannya dalam filem berkenaan kerana cara pemakaiannya kini agak berbeza berbanding dahulu.

    Saya mengaku memang seksi dalam filem itu.

    Saya sudah banyak kali beritahu ketika sesi siaran langsung bahawa penggambaran dibuat sebaik saya pulang dari Australia.

    Jadi, saya masih terpengaruh dengan budaya di sana. Saya terus terang dan minta maaf. Itu sahaja yang saya mampu lakukan.

    Sejak hari pertama penggambaran lagi saya sedar filem itu akan kekal sampai bila-bila dan saya reda. Sebelum ini, saya banyak mengaku yang dulu saya selalu buat dosa dan seksi.

    Walaupun sekarang masih belum menutup aurat dengan sempurna tapi saya tidak akan mengulanginya.

    Anak kepada penyanyi Ameng Spring itu berkata demikian ditemui ketika malam gala filem Bisikan Nafsu di TGV Cinema, KLCC, pada malam Rabu.

    MENARIK:  Bapa Tidak Mampu Menonton Video Anak Disiksa, Dikurung, dan Dipukul Hingga Meninggal

    Ketika ditanya mengenai babak ranjang bersama Zul Huzaimy yang tular di media sosial hingga mengundang kritikan ramai, Azeva mengakui adegan berkenaan sememangnya perkara yang sensitif.

    Bagaimanapun, Azeva berharap penonton dapat menonton sendiri filem berkenaan bagi memahami konteks sebenar adegan tersebut.

    Saya faham di Malaysia memang sensitif sangat dengan adegan seperti itu. Tapi seperti yang kalian sudah tengok, tiada apa-apa pun.

    Kita buat benda itu supaya orang bercakap. Inilah matlamat kami sebagai orang bisnes, kami mahu orang bercakap mengenai filem ini.

    Adegan itu dikaburkan tapi tiada apa pun, kalian kena datang tonton filem kalau nak tahu apa yang berlaku.

    Selain Azeva, turut membintangi filem arahan Riza Baharudin itu ialah Aniq Suhair, Aleeza Shadan, Raja Azmi, Ezaty Abdullah dan Watie Sadali, selain penampilan istimewa bapanya, Ameng Spring.

    Untuk makluman, Bisikan Nafsu akan ditayangkan di seluruh negara mulai 1 Oktober ini.

    The post [VIDEO] Azeva Natassha Mohon Maaf Penampilan Mencolok Mata Dalam Bisikan Nafsu – ‘Saya Mengaku Seksi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah