Bergelar selebriti mungkin kelihatan menyeronokkan di mata ramai, namun di sebalik populariti itu hadir juga satu realiti yang tidak dapat dielakkan iaitu setiap gerak-geri mudah menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.
Daripada cara bercakap, pemilihan pakaian sehinggalah tindakan di tempat awam, semuanya boleh mengundang pelbagai pandangan, sekali gus membuatkan seseorang figura dikenali perlu lebih berhati-hati dalam membawa diri.
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Dulu Saya Kasar Macam Lelaki’ – Qistina Khaled Kongsi Punca Penampilan Kini Berubah Jadi Lebih Feminin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sering Ditegur ‘Chubby’, Qistina Khaled Susut 20kg Dalam Setahun – ‘Tak Cucuk Atau Potong Perut Tapi Diet Ekstrem’
Berbeza Sebelum & Selepas Masuk Industri
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA, pelakon Qistina Khaled berkongsi pandangannya mengenai perubahan kehidupan yang dialami selepas melangkah masuk ke dalam industri hiburan sejak di bangku sekolah.
Menurut Qistina, pengalaman berada dalam industri membuatkan dirinya belajar banyak perkara tentang kehidupan, terutama apabila mula berhadapan dengan pelbagai karakter dan situasi yang sebelum ini asing buat dirinya.
Berbeza sebelum masuk industri dengan selepas masuk industri. Saya masuk pada zaman sekolah. Saya tak tahu banyak mengenai dunia orang dewasa dan dunia selebriti.
Bila saya masuk industri, perlahan-lahan setiap orang yang saya jumpa beri pengajaran berbeza dalam kehidupan saya.
Saya belajar tanpa saya sendiri perlu melakukannya. Tak kisahlah benda baik atau buruk.
Daripada Hidup Bebas Kepada Sentiasa Diperhati
Bagi Qistina, antara perubahan paling ketara apabila seseorang menjadi figura dikenali adalah hilangnya sebahagian kebebasan untuk melakukan sesuatu tanpa diperhatikan atau dinilai masyarakat.
Sebelum masuk industri kita hidup bebas, tetapi selepas masuk industri kita hidup dalam pemerhatian.
Mana kita pergi, apa kita buat, bercakap, nak posing atau pakai pakaian apa pun orang akan tetap cakap. Orang tengok dan tak boleh silap sikit.
Situasi itu turut membuatkan Qistina melihat wujudnya satu jangkaan tinggi terhadap selebriti seolah-olah mereka perlu sentiasa menunjukkan sisi yang sempurna kepada umum.
Apa yang saya nampak bila jadi selebriti ini, kita perlu sempurna walaupun hanya manusia biasa.
Kadang-kadang kita tengok ramai selebriti tersilap langkah sebab mereka pun hanya manusia biasa.
Tapi mata masyarakat zaman sekarang, mereka hanya nampak apa yang mereka mahu. Mereka tak melihat lebih dalam kenapa sesetengah selebriti itu buat sesuatu perkara.



Lama tak jumpa kann #qistinakhaled #foryou #foryoupage 

