24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Album Ke Kad Debit: Bagaimana Fenomena Fandom & Kad Bertemakan Artis Semakin Berkembang?

    Shopee Sale

    Kalau dahulu wajah atau nama artis biasanya muncul pada album, baju dan merchandise rasmi, kini fandom sudah masuk ke satu ruang yang mungkin tak ramai jangka iaitu kad debit.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Live Host Menangis Terima ‘Gift’ TikTok Daripada Siti Nurhaliza – ‘Dari Penat Terus Bersemangat’

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan Di AIM25 – ‘Anugerah Itu Bonus, Insan Di Hadapan & Belakang Tabir Berhak Dihargai’

    Bila Kad Debit Jadi Sebahagian Daripada Fandom

    Terbaharu pada 23 September 2026, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan sebuah kad debit khas yang menampilkan wajahnya menerusi kolaborasi bersama sebuah institusi kewangan tempatan.

    Kad berkenaan bukan sekadar alat pembayaran, malah menawarkan beberapa keistimewaan berkaitan muzik, kecantikan, makanan, pelancongan serta jenama milik penyanyi itu.

    Antara tarikan yang ditawarkan termasuk diskaun tiket konsert Siti serta produk terpilih SimplySiti dan Afiyah.

    View this post on Instagram

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    Menariknya, pada hari yang sama, sebuah institusi kewangan berbeza turut memperkenalkan kad debit edisi terhad berinspirasikan BTS WORLD TOUR ‘ARIRANG’ di Malaysia.

    Berbeza dengan kad Siti yang menampilkan wajah penyanyi tersebut, edisi BTS pula menggunakan identiti visual jelajah BTS WORLD TOUR ‘ARIRANG’.

    Kad berkenaan turut ditawarkan dalam jumlah terhad di beberapa cawangan terpilih secara first-come, first-served, sekali gus menjadikannya lebih dekat dengan konsep barangan koleksi berbanding kad bank biasa.

    View this post on Instagram

    A post shared by Malayan Banking Berhad (@mymaybank)

    Bila Institusi Kewangan Mula Melihat Kekuatan Fandom

    Secara asasnya, fungsi kad tersebut masih sama seperti kad debit lain. Namun apabila nama Datuk Seri Siti Nurhaliza atau BTS dikaitkan dengannya, kad berkenaan mempunyai satu lagi nilai yang sukar diukur hanya melalui fungsi pembayaran iaitu identiti fandom.

    Dalam kes BTS, elemen fandom itu menjadi lebih jelas apabila pemohon kad berpeluang menyertai kempen untuk memenangi tiket BTS WORLD TOUR ‘ARIRANG’ di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  MyInvois HASiL Jadi Port Paling Happening Di KJH Pulau Pinang!

    Perbelanjaan menggunakan kad yang layak turut membolehkan pengguna memperoleh penyertaan tambahan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

    Formula ini sebenarnya tidak jauh berbeza daripada merchandise artis. Ada reka bentuk eksklusif, jumlah terhad dan ganjaran yang berkait rapat dengan figura kegemaran.

    Bezanya, kali ini produk tersebut bukan sekadar disimpan di rak atau dipakai ketika konsert, tetapi boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

    Bagi institusi kewangan, selebriti pula menawarkan sesuatu yang mungkin sukar diperoleh menerusi kad debit biasa iaitu hubungan emosi dengan pengguna.

    Peminat mungkin tidak teruja untuk menukar kad hanya kerana reka bentuk baharu. Tetapi apabila ia dikaitkan dengan artis kegemaran, sekeping kad debit boleh berubah menjadi sesuatu yang mahu dimiliki atau dikumpul.

    Fenomena Ini Sebenarnya Bukan Perkara Baharu

    Pada 2022, syarikat kewangan Korea Selatan BC Card melancarkan Paybooc Money BLACKPINK Check Card dengan lima rekaan terhad berasaskan BLACKPINK. Setahun sebelumnya, BC Card turut bekerjasama dengan kumpulan tersebut menerusi pengenalan kad kredit khas.

    Fandom Kini Sampai Ke Dalam Dompet

    Apa yang berlaku dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, BTS dan BLACKPINK menunjukkan bagaimana nilai seorang selebriti kini sudah bergerak jauh daripada muzik atau persembahan semata-mata.

    Nama, imej dan komuniti peminat mereka boleh memberikan identiti kepada produk daripada industri yang langsung berbeza.

    Album mungkin disimpan di rumah dan merchandise mungkin dipakai sekali-sekala, tetapi kad debit boleh berada dalam dompet setiap hari.

    Dalam ekonomi fandom hari ini, nampaknya hampir apa sahaja boleh berubah menjadi merchandise, termasuk kad yang digunakan untuk membeli merchandise itu sendiri.

    Sumber: Berita Harian, Maybank, BC Card

    The post Dari Album Ke Kad Debit: Bagaimana Fenomena Fandom & Kad Bertemakan Artis Semakin Berkembang? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah