31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kak KM Nafi Dakwaan Potong Perut, Hanya Alami Gastrik – ‘Belum Sampai Ke Tahap Itu’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Kak KM menafikan dakwaan menjalani pembedahan bariatrik atau prosedur memotong usus dan perut selepas dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Jemput Kak Nona, Tak Sokong Tindakan Dia’ – Kak KM

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona

    Gastrik

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menjelaskan dia hanya mengalami masalah gastrik dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini.

    Menurut Kak KM, dia membuat penjelasan itu kerana ramai yang mula membuat pelbagai dakwaan kurang menyenangkan mengenai dirinya.

    Alhamdulillah saya sihat sahaja. Saya sudah dibenarkan untuk keluar daripada hospital.

    Terlalu ramai buat tanda tanya sendiri dan spekulasi, cakap saya dimasukkan ke dalam hospital kerana buat pembedahan potong perut dan sebagainya.

    Belum lagi sampai ke tahap itu. Alhamdulillah, saya masih bersyukur dengan apa yang Allah beri.

    Saya nak beritahu apa yang doktor beri, ubat-ubat ni semua adalah ubat sakit gastrik. Memang saya kena gastrik, tiada benda lain.

    Bagaimanapun, Kak KM berkata dia memahami sebab timbulnya dakwaan itu memandangkan dirinya turut terlibat dalam perniagaan produk ubat kurus.

    MENARIK:  [VIDEO] Yuna ‘Throwback’ Momen Nikah, Netizen Imbau Fenomena Pelamin Bohemian Tropical – ‘Sebab Dia Lah, Habis Semua Nak Ikut’

    Pun begitu, Kak KM tetap bersyukur dan menghargai keprihatinan orang ramai yang tidak putus menitipkan doa agar dirinya segera diberikan kesembuhan.

    Saya faham sahaja sebagai orang yang buat bisnes terutamanya yang jual ubat kurus orang fikir dengan cara potong perut itu akan lariskan perniagaan mereka.

    Tapi saya tidak perlu buat semua itu untuk lariskan produk saya.

    Terdahulu, Kak KM menjadi perhatian selepas memuat naik video yang memaparkan dirinya dimasukkan ke hospital namun tidak mendedahkan punca atau sebab dia menerima rawatan.

    Sumber: Instagram

    The post Kak KM Nafi Dakwaan Potong Perut, Hanya Alami Gastrik – ‘Belum Sampai Ke Tahap Itu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah