Pelakon utama filem Konspirasi, Datuk Adi Putra dan Che Puan Sarimah Ibrahim menyambut baik peluang untuk naskhah berkenaan kembali menemui penonton menerusi tayangan semula.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Masuk Senang, Keluar Pun Senang’ – Adi Putra Dedah Pernah Tolak Rasuah Bernilai RM30 Juta
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Antarabangsa, Adegan Berc*um Bercanggah Dengan Prinsip & Moral
‘Penonton kena nilai realiti’ – Adi Putra

Bagi Adi, kontroversi yang pernah mengiringi perjalanan filem tersebut merupakan sebahagian daripada dinamik dunia hiburan. Namun, katanya, perkara lebih penting adalah mesej yang cuba disampaikan menerusi karya berkenaan.
Menurut Adi, 45, elemen konspirasi dan sensasi sememangnya perlu ada bagi menarik perhatian penonton, tetapi isu korupsi yang menjadi teras cerita tidak seharusnya diketepikan.
Penonton seharusnya boleh memahami dan menilai realiti melalui sinopsis filem.
Sementara itu, Sarimah turut meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila Konspirasi diberi peluang untuk kembali menemui penonton.
Katanya, walaupun terdapat cabaran teknikal di belakang tabir, kepuasan sebenar buat barisan pelakon dan kru adalah apabila hasil kerja mereka mendapat penghargaan daripada penonton.
Nafas kedua ini sangat dinantikan, meskipun timbul cabaran teknikal di belakang tabir.
Kepuasan sebenar bagi barisan pelakon dan kru adalah apabila kerja keras mereka diakui dan dihargai oleh penonton.
Konspirasi bakal kembali ke pawagam?

Dalam perkembangan berkaitan, Penerbit Eksekutif Elepfilm Entertainment Sdn Bhd, Jack Yeoh mendedahkan pihak produksi sememangnya mempunyai perancangan untuk membawa Konspirasi kembali ke pawagam.
Menurut Jack, sasaran tarikh tayangan semula sudah ditetapkan dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, perancangan tersebut masih tertakluk kepada sokongan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Tanpa sokongan rasmi FINAS, projek tayangan semula tidak dapat dilaksanakan mengikut kelaziman industri.
Jack berkata, permintaan daripada penonton dan peminat juga menjadi antara faktor pihak produksi mempertimbangkan tayangan semula filem berkenaan.
Malah, pihaknya turut merancang untuk membawa Konspirasi ke pasaran luar seperti Taiwan dan Korea Selatan selain meneroka peluang menerusi platform penstriman digital.
Untuk rekod, Konspirasi sebelum ini menamatkan tayangan pada 28 Mei lalu, kira-kira seminggu selepas tayangan pertama berlangsung.
Keputusan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan mengenai campur tangan pihak luar.
Bagaimanapun, Elepfilm Entertainment menegaskan keputusan berkenaan dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat dan tidak berkait dengan strategi pemasaran atau gimik publisiti.
FINAS turut mengesahkan bahawa penamatan tayangan dibuat atas permintaan penerbit selepas menerima kenyataan rasmi melalui MA FE dan pihak pengedar filem.
Konspirasi diterbitkan menerusi kerjasama Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films, manakala edaran dikendalikan Primeworks Studios.
Filem berkenaan mengisahkan pasukan elit yang diketuai Adli selepas mereka merampas pelayan tersembunyi yang mengandungi senarai ahli politik korup.
Namun, misi yang bermula dengan niat murni bertukar menjadi perangkap berbahaya selepas berlaku pengkhianatan dalaman serta campur tangan asing.
Majlis tayangan khas Konspirasi turut dihadiri barisan pelakon utama seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Esma Daniel dan Amir Nafis serta beberapa tetamu kehormat.
Buat masa ini, penonton masih perlu menunggu pengumuman rasmi berhubung tarikh tayangan semula filem berkenaan.
The post Adi Putra & Sarimah Ibrahim Sambut ‘Nafas Kedua’ Filem Konspirasi first appeared on OHBULAN!.





