
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall tertidur di kerusi sebuah pusat membeli-belah dek keletihan.
‘Aku teman sampai kau bersalin’
Momen tersebut dirakam oleh rakan baiknya yang juga seorang pempengaruh, Ayunie sebelum dimuat naik di media sosial. Dalam video berkenaan, Siti dilihat terbaring di atas kerusi rehat di hadapan sebuah kedai menjual barangan bayi.
Tadi nampak bibik je dekat tandas, tanya bibik dia mana puan. Dia kata Puan Siti tengah tunggu dekat depan kedai baby. Aku sampai-sampai, dia terlena dah.
Menurut Ayunie, mereka telah berjanji untuk membeli barangan bayi bersama, namun dia tiba sedikit lewat daripada waktu yang dijanjikan.
Hari ini janji dengn Siti nak teman dia beli barang baby cuma aku lambat sampai.
Kasihan melihat Siti yang baru diceraikan oleh suami, Aiman tatkala sedang berbadan dua, Ayunie berjanji akan terus menyokong sahabatnya itu sepanjang fasa kehamilan.
Tak apa lah, aku teman kau sampai kau bersalin.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mendoakan kesejahteraan Siti dan berharap agar segala urusan usahawan itu dipermudahkan.
Mengandung memang macam ni weh, semua tempat rasa nak baring.
Boleh rasa ya, kalau mengandung semua tempat rasa nak duduk, baring je.
Mengandung memang penat. Pernah duduk dekat lantai AEON sementara mak beli barang dapur. Orang pandang je.
Dia stres, penat lagi. Letih aku dapat rasakan, kasihan dia. Kuat ya Siti untuk baby.
Inilah yang dimaksudkan sahabat dunia akhirat.
Beruntung Siti dapat kawan macam Ayunie, jadilah yang terbaik dan hargai dia.





