29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Arfie Shah Gementar Galas Watak Utama Filem ‘Impak Maksima 2’ – ‘Sampai Mental Saya Terganggu’

    Shopee Sale

    Pelakon baharu, Arfie Shah mengakui tidak mudah untuk menggalas tanggungjawab memegang watak utama dalam filem Impak Maksima 2 arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

    Artikel Berkaitan: Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam Impak Maksima 2? Arfie Shah Tak Ambil Hati

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ahmad Idham Sanggup Berhabis RM200K Untuk Babak ‘Drift’ Filem Impak Maksima 2 – ‘Scene Itu Tidak Sampai Dua Minit’

    Risau dengan reaksi penonton

    Ketika ditemui , pemilik nama Adwafri Shaharuddin, 32, berkata bukan mudah untuknya menghidupkan kembali sebuah filem yang pernah menjadi popular pada 17 tahun yang lalu.

    Pada awalnya, perkara ini memang menganggu mental saya sebab saya berlakon dengan pelakon yang berpengalaman.

    Sejak awal lagi saya rasa tidak mudah untuk menghidupkan kembali filem yang pernah popular pada 17 tahun yang lalu sebab saya pelakon baru.

    Tetapi saya percaya dengan Ahmad Idham kerana dia yakin saya boleh bawa watak ini.

    Arfie berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Impak Maksima 2 yang berlangsung pada Khamis.

    MENARIK:  Takut Pecah Dara: Alasan Bini Tak Nak Bersama Selepas 3 Tahun Kahwin

    Bagaimanapun, Arfie sudah mula lega apabila melihat hasil lakonannya selain mendapat sokongan daripada para pelakon yang berpengalaman.

    Setiap hari saya berfikir tentang filem ini. Saya seorang yang terlampau banyak berfikir.

    Selepas saya tengok filem ini saya boleh menarik nafas lega.

    Saya bersyukur dapat berlakon dengan mereka. Mereka juga banyak mengajar saya tentang banyak perkara.

    Dalam perkembangan lain, filem yang turut dibintangi pelakon lain seperti Nelissa Nizam, Dynas Mokhtar, Fad Bocey dan Datuk Eizlan Yusof.

    Filem tersebut akan menemui orang ramai di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini.

    The post [VIDEO] Arfie Shah Gementar Galas Watak Utama Filem ‘Impak Maksima 2’ – ‘Sampai Mental Saya Terganggu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah