
Pempengaruh media sosial Andika Putera memasang hasrat untuk membeli menara pencakar langit, Tun Razak Exchange (TRX) suatu hari nanti.
Nak beli TRX

Biarpun dianggap impian itu tidak masuk akal, Andika, 27, berkata, tidak salah untuk mempunyai sebuah angan-angan yang tinggi.
Buktinya, dia berjaya melahirkan ramai pengasas yang hebat menerusi program motivasi yang dianjurkan ketika usianya masih muda.
Insya-Allah, saya memang nak beli bangunan TRX. Orang kata saya gila tapi pergi mati lah semua kata-kata itu. Tiada masalah untuk memasang impian yang dianggap gila.
Waktu umur 22 tahun saya mengajar founder-founder yang berusia 40 hingga 50 tahun. Ketika itu tiada siapa yang percaya saya.
Sekarang alhamdulillah saya sudah ramai pelajar di bawah saya. Maksudnya, umur bukan penghalang. Umur bukan satu llimitasi.
Andika memaklumkan mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Youcatsclips.
Video
Dalam pada itu, Andika memberitahu, jangan pernah takut untuk memiliki impian yang besar.
Jangan pernah takut untuk berimpian besar. Kalau bercakap fasal personal strategi saya, setiap tahun berubah.
Boleh dilihat sendiri melalui wajah saya, tahun lepas saya jambu tahun ini lain. Bukan mudah untuk bertahan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya menganggap hasrat yang disuarakan Andika agak melampau kerana harga bangunan tersebut sangat mahal.





