Pelakon Anzalna Nasir, mengakui anak sulungnya, Mohamad Eidrees, kini sering menjadi pusat perhatian dan tumpuan ramai setiap kali mereka berada di tempat awam.
Artikel Berkaitan: Gelagat Anzalna Nasir Ketika ‘Live’ Pulihkan Semangat Individu Dalam Kemurungan – ‘Saya Mula Tersenyum’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’
Anak famous

Menerusi perkongsian di platform Threads, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, memuat naik sebuah video yang memaparkan momen Eidrees dikerumuni orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
Sekarang ni ke mana Eidrees pergi mesti ada orang nak ambil gambar dengan dia.
Kadang-kadang ada juga yang hantar hadiah dan bagi duit.
Tindakan itu secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan dalam diri Eidrees.
Jelas Anzalna, anaknya itu mula menyedari situasi tersebut dan bertanya tentang status dirinya yang mula dikenali, namun aktres itu buntu untuk memberikan penjelasan.
Dia tanya kenapa dia famous. Nak jawab apa ni?
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang kebanyakannya meluahkan rasa gembira anak Anzalna menerima perhatian yang sepatutnya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Anak Sulung Anzalna Nasir Semakin Dikenali, Ramai Ajak Bergambar & Beri Hadiah – ‘Eidrees Tanya Kenapa Dia Famous’ first appeared on OHBULAN!.





