33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Boleh Ramal Nasib Melalui Garis Tangan? Kenali Apa Itu Palmistri

    Shopee Sale

    Palmistri adalah amalan kuno untuk mengetahui tentang diri, watak, nasib dan meramal masa depan melalui garisan tangan manusia.

    Walaupun tiada bukti saintifik, ramai tokoh sejarah mempercayainya kerana dianggap dapat menggambarkan kesihatan serta masa depan seseorang.

    Artikel Berkaitan: Trend Menari Makin Menjadi-Jadi, Tapi Ini Hukum Sebenar Untuk Wanita Muslimah

    Artikel Berkaitan: Kenapa M40 Digelar Kumpulan Tersepit? Ini Pecahan Pendapatan Isi Rumah Malaysia

    Palmistri

    Sejak 7,000 tahun lalu, kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti watak serta masa depan seseorang secara mendalam.

    Bermula dari Mesir dan India, ilmu ini tersebar luas ke serata dunia. Tokoh ternama seperti Napoleon dan Hitler dikatakan turut mempercayai ramalan tangan dalam menentukan langkah politik mereka. 

    Garisan tangan kiri lelaki biasanya meramal masa depan, manakala wanita mencerminkan masa lalu.

    Pun begitu, ahli palmistri moden berpendapat kedua-dua belah tangan membawa makna yang hampir serupa bagi semua.

    Garisan yang jelas dan tegas melambangkan sifat terbuka serta jujur.

    Sementara itu, garisan yang berselirat atau mempunyai banyak serabut menandakan individu tersebut lebih suka berahsia dan sukar untuk difahami orang. 

    Tiga garis utama

    Tiga garisan utama yang wajib ada ialah garis hayat, fikiran, dan perasaan.

    Ketiga-tiganya menjadi asas penting bagi menyokong kehidupan normal serta menentukan kesejahteraan fizikal dan mental manusia sejagat.

    MENARIK:  Syamsul Yusof Bangga Anak Lelaki Dapat Anugerah ‘Best Soccer Player Of The Year’ Daripada Kuala Lumpur FC

    Garis hayat menunjukkan tahap daya tahan dan kesihatan. Kalau panjang dan dalam, individu itu biasanya sihat tetapi garisan pendek dan terputus menandakan badan yang mudah diserang pelbagai penyakit kronik. 

    Dalam pada itu, garis fikiran pula mencerminkan tahap kecerdasan serta IQ seseorang.

    Semakin panjang garisan tersebut, semakin bijak individu itu, manakala tanda bulatan kecil pada garisan ini sering dikaitkan dengan risiko stres.

    Manakala, garis perasaan berkait rapat dengan aspek emosi serta cinta.

    Bentuk tangan turut dibahagikan kepada empat elemen utama iaitu bumi, api, angin, dan air.

    Setiap kategori mempunyai ciri fizikal berbeza yang melambangkan kemahiran serta personaliti unik setiap individu.

    Ukuran jari jemari juga tidak kurang pentingnya dalam ilmu palmistri.

    Jari panjang melambangkan sifat sensitif, manakala jari pendek menunjukkan individu yang kreatif namun kadangkala kurang bersikap sabar. Ibu jari yang besar menandakan kemahuan yang kuat.

    Akhir sekali, walaupun palmistri memberikan gambaran tentang potensi diri, nasib sebenar tetap bergantung kepada usaha dan keazaman setiap individu untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang serta bermakna dalam kehidupan. 

    Sumber: Intisari

    The post Boleh Ramal Nasib Melalui Garis Tangan? Kenali Apa Itu Palmistri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah