30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Along Cham Tiba Di Mahkamah Bagi Pengesahan Lafaz Cerai Taklik? Hadir Bersama ‘Syurga’ – ‘Doakan Segalanya Dipermudahkan’

    Shopee Sale



    Pelawak Along Cham tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 11.45 pagi didakwa bagi proses memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isteri, Afreena Suhaimi.

    ‘Doakan segalanya dipermudahkan’

    Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, yang hadir ditemani ibu berharap segala urusan dipermudahkan.

    Bagi saya jumpa pihak sepatutnya dahulu, kemudian saya akan beri maklum balas. Doakan segalanya dipermudahkan.

    Saya datang dengan syurga (ibu). Lewat sikit tadi sebab bawa ibu pergi sarapan dulu.

    Alhamdulillah saya juga dalam keadaan sihat hari ini.

    Pagi tadi, tiada angin tiada ribut, Along dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’

    Semalam, Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan Along tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

    Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

    Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.

    Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah