28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB Selangor gesa henti provokasi libatkan institusi raja

    Shopee Sale

    Semua pihak diminta menghentikan sebarang tindakan atau cubaan yang melampaui batas khususnya melibatkan isu 3R (raja, agama dan kaum), kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

    Gesaan itu dibuat susulan isu penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk insiden terbaharu melibatkan satu hantaran di media sosial yang disifatkan tidak menghormati institusi yang memayungi kedaulatan negara serta negeri.

    “Institusi yang tinggi seperti raja harus dipertahankan atau dilindungi, sebab ia adalah simbol kepada penyatuan dan institusi terbabit lebih tinggi daripada politik yang ada perbezaan.

    “Malah kalau ada perbezaan sesama ‎manusia pun, bukan hanya politik tetapi benda-benda yang lain, kita harus mengelakkan cercaan ataupun penghinaan kerana itu asasnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

    ‎Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata sebanyak 280 laporan polis diterima setakat semalam, berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Sharafuddin pada 25 April lepas.

    MENARIK:  Aliran masuk bersih pelabur asing sebanyak RM535 juta minggu lalu

    Shazeli berkata laporan polis itu diterima dari seluruh negara yang dibuat oleh pelbagai pihak bagi mengecam tindakan provokasi melampau berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata audit keselamatan longkang berisiko di Selangor akan dilaksanakan susulan kejadian dua kanak-kanak lemas di negeri itu baru-baru ini yang mencetuskan kegusaran awam.

    Beliau berkata semakan itu melibatkan penilaian menyeluruh terhadap keadaan fizikal longkang serta faktor persekitaran di lokasi, selain mengambil kira situasi sebenar yang menyumbang kepada berlakunya insiden tersebut.

    Katanya aspek keselamatan juga tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama ibu bapa dan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah