Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan bahawa penampilan dirinya pernah diejek ketika di bangku sekolah.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Risau Wawa Zainal & Hayla Kena Penyakit Ain
Pernah diejek
Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, memberitahu, ketika dia berusia 15 tahun terdapat sekumpulan pelajar sekolah sering mengejek imej dan fizikal dirinya.
Kawan ramai tapi yang buli pun ramai juga. Mereka cakap saya buruk, atau dalam loghat Sabah ‘jelek’.
Setiap kali saya lalu untuk pergi ke tandas akan ada pelajar-pelajar dari sebuah kelas, mereka akan gelakkan saya.
Mereka kata,’si jelek datang!’
Selepas itu mereka akan ejek saya telinga Astro (capang).
Wawa berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di Youtube OhBulanOfficial.
Tak lawan
View this post on Instagram
Bagaimanapun, aktres berasal dari Negeri Di Bawah Bayu tersebut memilih untuk tidak membalas perbuatan mereka.
Saya buat tak tahu sahaja, sebab kalau nak lawan pun mereka ramai.
Ada yang nampak dekat luar siap langgar saya lagi.
Kawan-kawan saya yang lain baik-baik saja, sebab itu kami tak lawan.
Untuk info, Wawa dan suami, Aeril Zafrel tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di OhBulan Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.
Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.
Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.
The post [VIDEO] Wawa Zainal Dedah Pernah Diejek – ‘Setiap Kali Lalu Tandas Mereka Akan Kata, Si Jelek Datang!’ first appeared on OHBULAN!.





