
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak berputus asa menjadi orang hebat walaupun hanya memegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penyakit Disleksia
Menerusi sebuah sesi temu bual, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, mendedahkan dia mengalami penyakit Disleksia sehingga mengganggu pembelajarannya.
Saya punya latar belakang pendidikan sebenarnya hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Itu pun tak lulus.
Disebabkan pendidikan saya yang tak bagus, saya bukan lah anak yang dikedepan untuk menjadi seorang usahawan.
Saya ada penyakit Disleksia. Saya tak tahu kiri dan kanan, saya tak ingat nombor telefon dan tak boleh membaca dengan betul.
Masalah untuk saya ada pembelajaran. Mak saya pun kata saya ini mungkin anak yang tidak berapa bijak.
Tidak putus asa

Berkongsi lebih lanjut, usahawan berusia 38 tahun itu memaklumkan bahawa berniaga adalah salah satu cara untuk dirinya menjadi seorang yang berguna.
Bila nak bekerja, pendidikan saya tiada.
Jalan yang terakhir untuk saya jadi orang yang hebat adalah dengan berniaga.
Dalam pada itu, Aliff sempat menitipkan pesanan agar tidak mudah berputus asa dalam mencari rezeki walau diuji dengan penyakit yang tiada ubatnya.





