26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Bantu Selamatkan Anak Anjing – ‘Kalau Dibiarkan Kesian Pada Mereka’

    Shopee Sale

    Tindakan usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri membantu menyelamatkan anak-anak anjing telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup & Maju’ – Aliff Syukri Perjelas Maksud Di Sebalik Nombor Plat 133

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Tanya Kenapa Saya Lembut?’ – Aliff Syukri

    Bantu anjing

    Menerusi hantaran di Threads, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkongsi situasi ketika dia bersama beberapa individu lain membantu menyelamatkan anak-anak anjing tersebut.

    Kesian bila tengok haiwan macam ini, tak kisahlah anjing atau kucing.

    Kita sebagai manusia kena selamatkan sebab tak tahu mak dia pergi mana, tinggalkan anak-anak macam ini.

    Seekor sudah mati, lagi dua dah lemah dan tak nak tinggalkan saudara dia yang sudah mati itu.

    Simpati dengan keadaan anjing-anjing tersebut, Aliff menegaskan bahawa pentingnya sifat belas kasihan terhadap haiwan.

    Justeru, Aliff meminta orang ramai membantu haiwan-haiwan yang berada dalam kesusahan dan memberi perlindungan kepada mereka.

    Walaupun kita tak boleh pegang anjing, tetapi kita sebagai orang Islam kena selamatkan mereka.

    Bagi saya mereka tak ada dosa. Jadi, kalau kita biarkan mati, kesianlah dekat mereka.

    Undi Aliff Syukri

    Untuk info, Aliff tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Percaya Allah Sedang Atur’ – Adam Lee

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    Sumber: Threads Aliff Syukri

    The post [VIDEO] Aliff Syukri Bantu Selamatkan Anak Anjing – ‘Kalau Dibiarkan Kesian Pada Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah