
Pelakon Adam Lee memaklumkan bahawa dia menyerahkan sepenuhnya rezeki untuk memiliki zuriat kepada Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Adam Lee & Sweet Qismina Kunci Mulut Isu Perceraian Rakan Artis, Fokus Rumah Tangga Sendiri – ‘Kami Pun Ada Aib Yang Kena Jaga’
Artikel Berkaitan: Adam Lee Teruja Nak Pindah Rumah Idaman Bersama Sweet Qismina – ‘Bila Ada Rezeki Masuk, Kami Akan Renovate’
Adam reda

Ketika ditemui , Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee reda dengan ketentuan Ilahi meskipun mengakui pada awalnya dia terkesan apabila disoal tentang anak.
Sejujurnya yang sedikit terasa adalah saya tetapi apabila masuk bulan ketiga perkahwinan kami, saya reda.
Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik, mungkin Allah nak fokus pada karier dahulu.
Namun kami berdua tak pernah rasa stres malah kedua-dua belah keluarga pun tidak pernah memberi tekanan.
Bercerita lanjut, aktor berusia 30 tahun itu berkongsi tentang proses keredaan yang dilalui walau hatinya sentiasa berharap untuk menimang cahaya mata.
Saya tidak diasak dengan soalan berkaitan anak oleh mana-mana pihak tetapi ia hanya bermain difikiran saya sendiri.
Saya mempersoalkan kenapa belum mempunyai rezeki untuk memiliki anak.
Tetapi saya sedar bila saya fikirkan begitu maksudnya saya tak percaya pada takdir Allah, jadi dari situ saya mula reda.
Saya percaya mungkin ada sebab, tambahan pula kami sedang renovasi rumah yang memerlukan komitmen besar.
Saya percaya Allah tengah aturkan satu persatu.
Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hanya menunggu rezeki

Dalam pada itu, Adam memberitahu bahawa dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina sebelum ini pernah melakukan pemeriksaan kesuburan.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempunyai anak.
Sweet pun tidak pernah meluahkan rasa kecewa, cuma kami berbincang.
Saya dan Sweet malah pernah melakukan pemeriksaan kesuburan. Alhamdulillah semuanya okay, cuma doktor kata belum rezeki kami lagi.
Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
The post [VIDEO] ‘Saya Percaya Allah Sedang Atur’ – Adam Lee first appeared on OHBULAN!.





